Islam is the way of my Life

Sunday, June 17, 2007

Kembalilah kepada Islam

MENGAPAKAH UMAT ISLAM PERLU MENGENANG KEMBALI KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW?

Hubungan kita dengan Rasulullah SAW adalah hubungan yang berterusan
Syahadah, mengiktiraf bahawa hidup ini hanya untuk beribadah kepada Allah, caranya adalah dengan mengikut ajaran Rasulullah SAW
Manusia mudah alpa dan perlu diingat dari semasa ke semasa
Firman Allah SWT:

Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur. (Ibrahim 14 : 5)
Allah memberikan kita Islam, bukan hanya dalam bentuk teori, tetapi amalinya adalah pada mencontohi Sirah Nabi SAW
Sahabat mengajar anak-anak mereka Sirah, sebagaimana mereka mengajar anak-anak mereka al-Quran.
Kesimpulan, memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah sebagai usaha untuk memperbaharui komitmen kita kepada mempelajari contoh amali kepada Islam, iaitu sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.

SIRAH RASULULLAH SAW BERMULA DENGAN CATATAN BAHAWA BAGINDA SEORANG ANAK YATIM. IKTIBAR DARI KENYATAAN INI IALAH:

Yatimnya Nabi SAW adalah tsabit di dalam nas al-Quran. Firman Allah:
Bukankah Dia mendapati Engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (Al-Dhuha 93: 6)
Hikmahnya besar dan tidak terhad
Tetapi, Sirah memberikan penekanan kepada aspek praktikal. Rasulullah SAW dipilih dari kalangan manusia, bukan malaikat, supaya kita tidak berhujah dari segi keupayaan baginda dan ketidakupayaan kita.
Jika baginda datang dari sebuah kehidupan yang serba kekurangan dan dhaif sebagai anak yatim, tetap boleh cemerlang, ia menyuntik harapan kepada semua lapisan kita bahawa semua orang boleh berjaya, asalkan kita berusaha.
Kita tidak boleh memilih untuk dilahirkan kaya atau miskin, yatim atau beribu bapa. Tetapi kita boleh memilih untuk berjaya atau gagal. Susah atau senang, yatim atau beribu bapa, terpulang kepada kita, bagaimana reaksi kita terhadap kehidupan ini.

Juga untuk memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW tidak dibesarkan dan berpemikiran hasil pengaruh ibu atau bapanya. Sebaliknya baginda bebas dari pengaruh keturunan dan pewarisan pemikiran.
Didikan secara langsung dari Allah SWT.

Balasan meninggalkan solat

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.

"Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.

"Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.Maka inilah balasannya.

Buat renungan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Saturday, June 16, 2007

Sahabat

Sahabat...
Jalinan persahabtan
Kita abadikan sepanjang zaman
Berpanjangan dan berkekalan
Manisnya Iman
Hidup di dalam perjuangan
Kasih sayang ku hadiahkan
Buatmu teman
Syukur buatmu teman
Syukur kita dipertemukan
Pengorbanan dan kesetiaan
Tak mungkin dilupakan
Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi
Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih
Mengingati
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah
Kudoakan kepadamu
Agar bahagia
Didunia dan akhirat

Friday, June 15, 2007

Salam alaik....

Sahabat...

Jalan dakwah inilah yang membezakan
Kita dengan para pendusta ayat-ayatnya,

Jika engkau hidup di dunia ini tidak
Untuk tegakkan risalahnya,
Itu ertinya engkau pun sama dengan
mereka yang lebih menyukai neraka
daripada syurga.

Dan jika engkau hidup di dunia ini
sebagai tujuan,
Ingatlah bahawa tak lama lagi rohmu
bakal dicabut dari badan.

Jika hidup tidak untuk dakwah
Lalu apa yang diinginkan...?

Ingin jadi 'ayam'?,
Yang pergi pagi pulang petang
Kurang petang ditambah sampai malam

Tapi masih baik lagi sang ayam
Kerana ia rutin bangun sebelum azan
Dan teriakkan lau keindahan

Tapi kamu...!!
Kau rembat semua yang ada di hadapan
Tidak peduli daging, tumbuhan ataupun
batu hitam.
Sementara kau dikurniakan fkiran

Maaf wahai teman-teman
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah pujangga
Aku bukanlah pendakwah
Hanya seorang insan biasa...