Islam is the way of my Life

Friday, October 31, 2008

: : Diari Bahri- da WIDEST coverage : :

" Hai bang.. Cubalah CELCOM BLUE.. It's All In Your Hand.. ", maskot Celcom Blue menghampiriku dengan seulas senyuman.

Aku mengangkat tangan untuk menolak pelawaan tanpa menyakiti hati sesiapa. Aku terus menapak. Memandang ke kiri dan ke kanan. Bersiaga untuk melintas jalan. Lampu pejalan kaki bertukar merah.

" Bersama.. Bersama.. Ku bersamamuu.. Bersama walau kemana juaa.. Ingin selalu bersamaaa.. Tiada.. ", maskot DiGi bersama kekuningannya berhenti menyanyi tatkala aku memandangnya.
" Urmm.. ", aku memandangnya dengan wajah kehairanan.
" Pakai DiGi bang.. The Widest Coverage.. Guarantee tak nyesal.. ".

Jika aku seorang yang bermulut celupar, aku pasti akan berkata :

" Weei !.. Ade owang gile telepas.. Tolooong !.. Anak sape la ni.. Memalukan.. ", syaitan laknatullah yang bertenggek di hati-hati menusia menghembuskan hasutan kepadaku.
" Tak pe.. Tak pe.. Maaf ye.. ", alhamdulillah, aku berbicara di atas kesedaran minda terbang bersama selayang senyuman.
" No hallah.. Its okay.. ", senyumnya tersembunyi di balik maskotnya.

Bagiku, tiada kawasan takluk yang lebih luas daripada... Aku meneruskan penapakan. Mana mungkin ada perkhidmatan yang bisa menghubungkan manusia jika ia dimatikan kecuali... Masanya semakin hampir. Aku berjalan ke kompleks 'terra sale' berhampiran untuk membeli Top Up.

" Allahu akbar, Allahu akbar !!.. ", laungan promosinya kedengaran.
" Allahu akbar, Allahu akbar.. ", aku menyahut.

Takbiratul ihram pembuka pintu gerbang. Mana mungkin ada perkhidmatan yang menawarkan satu kali top up 27 masuk + calling RM 0.00 + SMS RM 0.00 + Video calling RM 0.00 + Widest Coverage. Kita berbicara (calling) free tanpa bayaran + menulis dengan tangan dan pena (SMS) juga free tanpa bayaran + pengunaan mata, mulut dan telinga (video calling) percuma tanpa hutang dan semuanya bisa digunakan serentak selama nyawa masih terkandung dan di mana jua kita berada.

" Syeikh Muzaphar Shukor pon boleh dapat line kat ISS.. Tak payah dail.. Tak payah mesin.. Celcom, DiGi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia mane bleh dapat.. Time ni, handphond campak kat dinding je.. ".

So, top up untuk apa?. Untuk menjamin keselamatan perkhidmatan dan yang paling utama ialah untuk meraih lebih banyak BONUS !!. Lagi rajin top up, lagi banyak BONUS. Lagi best kalau top up guna SMS (baca Quran). Paling best boleh top up setiap masa, hanya dengan niat kerana tuan punya perkhidmatan dan menggunakan procedure yang betul, seumur hidup pun boleh jadi top up.

" FULLEY MAAAK.. Hangat habislah.. Saper tak nak.... ".

Tapi kena ingat siapa mengkhianati perkhidmatan ini, musnah tahap maut la hidup dia
. Tapi jangan pulak ingat Islam ni agama yang kerjanya memakan orang. Tiada paksaan dalam agama Islam, sehingga jelas antara yang haqq dan yang batil.

ISLAM connecting people. Karena Islam, nyawa sanggup menjadi korban. Bagaimana?. Pada ketika cinta tertinggi kepada Allah & Ar-Rasul dikecapi. Cinta kepada saudara seIslam hanya kerana Allah. Dan juga benci kepada Mungkar seperti bencinya tubuh untuk menyentuh api yang panas membahang. Bila Allah menjadi kekasih, hati merasa terpujuk. Munajat melakar cinta yang tulus tanpa mengharap diganti apa-apa.

" Jika aku beriman Karena SyurgaMu, Jangan masukkan aku ke dalamnya.. Jika aku beriman karena NerakaMu, Masukkan aku ke dalamnya.. Dan jika AKU beriman karenaMU, PadaMu ada Segalanya.. ", Rabi'atul Adawiyah, seorang ahli sufi merintih dalam ungkapan cinta yang benar-benar tulus.

Tetapi, tidak ramai yang benar-benar dapat merasainya : "faqoliilamma tasykuruun". Terkadang Imanku tinggi, dan terkadang imanku rendah. Aku cuma berharap agar cintaKu setinggi Rabi'atul Adawiyah Habiibatillah....

hasil nukilan oleh: syahadatain

Monday, October 20, 2008

3 SoalaN....


Pengajaran yg baik....


Subject: 3 soalan...

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanya an saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi

dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah
kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.


Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.


Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda :Kulit.

Kiyai :Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda :Kulit.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai :Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Friday, October 17, 2008

: : Diari Bahri - Masuk KANDANG : :

3 langkah.. 2 langkah.. 1 langkah lagi tersisa untuk mendaratkan kaki di kaki lima rumah Kareem.

"Assalamu'a.. ", belum sempat aku menghabisi ucapan salam sejahteraku, pintu terkuak.
"Wa'alaikumussalam.. ", Kareem sepontan menjawab.

Aku menunding jari ke mukaku sejurus Kareem mengangguk. Aku tidak tahu apa yang difikirkannya. Aku memimikkan wajah kehairanan.

"Apasal ?.. ", aku bertanya.
"Entah.. Aku angguk je.. ".
"Hak alah !.. Aku bantai karang.. Oss!.. Tetibo nak bantai orang.. Aku gurau je.. Weih, ko nak gi kedai ek?.. ".
"Alang-alang ko nak gi kedai ni, biarla aku tumpang dua kaki.. ", gurauan aku masih tidak terkeluar dari batas Syarak.
"Asal dua kaki ?.. ", Kareem bertanya.
"Takkan aku nak tumpang sebelah kaki je.. ", adaptasi daripada pepatah melayu mambuatkan Kareem tertawa kecil.
"Dah.. Jom!.. ", Kareem menghulurkan helmet.

"Preeeng!!!.. ", kenderaan pacuan dua roda itu memecut membelah angin. Setiba di kedai, aku membeli mercun sehingga duit merah pun habis tidak berbaki. Aku berpesan pada Kareem agar bertemu denganku di Surau selepas Isyak. Kareem sekadar mengangguk.



Selepas Isyak, Di Taman Berhampiran
Aku mengumpulkan kanak-kanak yang berkeliaran di situ. Kemudian mengagih-agihkan mercun yang kubeli petang tadi. Bagi kanak-kanak di bawah umur, cukuplah mercun POP-POP. Bagi yang dewasa, pastinya mercun yang KAW-KAW punya.

"Ok!.. Mainlah puas-puas.. ".
"Timaseh bang.. ".

Aku sekadar memarhati. Kareem pula galak bersorak-sorai terpekik terlolong. Masa pantas berlalu, sekejap sahaja kanak-kanak itu selesai bermain mercun.

"Ok!.. Sekarang time aku lak nak men mercun.. ", aku tersenyum sinis kedajalan sambil mengeluarkan sesuatu yang berwarna merah.
"Weih!.. Aku ingat dah abes sume ko melantak kat diorang.. Rupenye ade spair The KAWest mercun.. ", bahasa rosak Kareem tuturkan sambil mencangkung berhampiranku.

Aku mendekatkan mercun itu dengan api. Kareem memerhatikan dengan wajah kehairanan. Tiba-tiba Kareem menampar tanganku justeru membuatkan mercun itu tercampak 2 meter seraya berkata dengan nada yang sedikit tinggi.

"Weih!!!.. Ko gile ke ape ?!!!.. Duit sepuloh inggit ko nak bakar !!!.. Baek ko bagi aku je.. ".
"Wei!.. Ko ni, bikin potong la.. Gue baru nak seronok.. ", sambil aku menghampiri duit sepuluh ringgit itu dan kemudian kembali mencucuh ke lidah api yang sudah bersiap-siaga menjilatnya.
"Tak payah.. Baek ko bagi aku je.. Boleh beli rokok.. ", Kareem meragutnya bak kambing melihat rumput segar.
"Tak ke tu namanya membakar duit?!!.. ", kini mindaku, minda Bahri sudah waras.
". . . . ", Kareem terdiam.
"Tadi, yang ko tengok bebudak tu dok bakar duit seploh ringgit aku, ko suke.. Sape yang teloncat-loncat tadi bile tengok diorang men mercun.. ", sempat aku memerli.
"Kalo aku nampak ko beli rokok lagi, aku kopak tabung ko, aku bakar duit hijau pekat ko.. ", aku memberi peringatan sesempoi mungkin.
"Wo wo.. Lepak ar.. Sampai nak bakar duit 50 aku melampau la ni.. ".
"Hak eleh.. Die sendiri bakar tak pe.. Ape maknenye tuu.. ".
"Ok ok.. Aku janji, lepas ni aku tak isap rokok lagi ok!.. Aku saje je nak enjoi.. Ok!..", mandengar janji yang dilafaz Kareem, aku mengangguk.

Sempat aku berteka-teki ketika dalam perjalanan pulang.

"Kalo masuk kandang Kambing.. ", aku memulakan soalan.
"Mangembek.. ", Kareem menjawab.
"Kalo masuk kandang Lembu.. ".
"Mangembu.. ".
"Kalo masuk kandang Kerbau.. ".
"Mengembau.. ".
"Kalo masuk kandang Rimau.. ".
"Mangaum.. ".
"Haa.. Engko masukla sorang-sorang, aku tak nak masuk.. ", aku mengenakan Kareem. Kareem menyekeh kepalaku.
"Ooo.. Kenekan aku ye.. Turn aku lak.. ".
"Kalo masuk kandang Kambing.. ".
"Weih!.. Pehal men tiru-tiru ni.. Tu soalan aku la.. Dah bocor.. ".
"Sabar ar.. Jawab la dulu.. ".
"Masuk kandang Kambing.. Pastu ape ?.. ".
"Mangambek.. ".
"Haa.. Lepas tu, aku masuk dalam kandang, aku bagi kambing kesayangan aku ni makan..[sambil menggosok-gosok belakang badanku].. Aku nak jadi manusia.. Ko je yang nak jadi Kambing.. ", kali ini Kareem mengenakan aku dengan teka-teki yang lebih kontemporari.
"Ini sudah lebih.. ", aku mula panas.
"Dah kene dah ar.. Eh!.. Jap.. Bau pe ni ?.. ", Kareem tiba-tiba terhenti menapak.
"!!!.. ", aku tersentak.
"Bau KAMBEEENG !!!.. Haha haha ha.. ", Kareem berlari meninggalkanku di belakang.
"Kuang aja punye budak.. ", aku mengejarnya.
"Wei!!!.. Ko hutang aku satu mende.. ", aku berteriak dalam kebejatan nafas.
"Amende ?.. ", dia terhenti berlari.
"Hutang sekeh aku.. Tadi sedap je sekeh aku.. ", aku pula menyekeh kepala Kareem seperti mana Kareem menyekeh aku.

Kami pulang dengan gelak ketawa. Sebaik sahaja merentangkan badan ke katil di bilikku, aku beristighfar panjang seandainya terkeluar daripada niat yang suci kerana ALLAH s.w.t.. Teka-teki yang Kareem kemukakan padaku berbeza di pandanganku. Kita selaku Khalifah, tidak perlu berpura-pura dengan masyarakat. Kerana menjadi khalifah merupakan suatu tugas yang mulia. Aku juga harus 'Izzah Bil Islam (Bangga dengan Islam) dan tidak perlu mengikut budaya bangsa yang lain.

"Takbiir!!!.. ", aku berteriak sendiri. Barsahut teriakan 'Allahu Akbar' di dalam hatiku.

Jiwaku bergetar, bulu romaku menegak, dari kaki hingga ke kepala mendingin seketika, seluruh tubuh mulai berpeluh. Tiba-tiba pintu dikuak dan terpacak wajah manis adik perempuanku seraya bertanya :

"Dengar tak tadi tu ?.. ".
"Pe ?.. ".
"Orang jerit 'Takbir'..".
"Ha ?.. ".
"Takde papelah.. ", katanya dan terus menutup pintu.

Aku tidak menafikan akulah orang yang berteriak itu. Ianya double meaning bukan tipu, bukankah begitu?. Hehe....


WWALLAHU WA RASULUHU A'LAM

hasil nukilan oleh: Syahadatain

Sunday, October 12, 2008

: : Diari Bahri - Bila Budak Kecil Menjadi Ustaz : :

" Hak eleh !.. Saper lak budak ni.. Nak men nasehat-nasehat aku ni.. ", seorang lelaki dua puluhan menolak bahuku.

Aku sekadar berbicara dalam ungkapan jari-jemari membelai manik tasbih. Dan bibirku terus menerus mengalirkan pujian pada Sang Pencipta. Disaat ini tiada satupun yang mampu menongkat kaki ini tanpa zikir yang menyaluti kaki yang longlai bak cerucuk besi yang tertanam dalam belulangku.

" Astaghfirullah.. ", ungkapanku dalam kalbu.
" Maaf yea Bang.. Saya mintak maaf banyak-banyak.. Sebenarnya saya cakap semua ni bukanlah untuk menegur abang.. Sebab saya tahu apa itu erti hormat.. Saya tahu, kelemahan saya jauh lebih banyak daripada abang.. ", aku melanjutkan bicara.
" Tau takpe !!.. ", 'tengkingan'nya mengocakkan tasik tenang di hatiku sambil kedua-dua tangannya menolak dadaku.

Kakiku menjadi teguh, debaran hatiku kian mengencang, riak wajahku berubah dan bibirku terhenti. Aku melangkah mendekati lelaki bertubuh sasa itu dan memandang matanya sambil syaitan yang berlegar-legar di segenap tubuhku memainkan peranan mengapi-apikan fikiranku.

" Allahu Akbar !!.. Allahu Akbar !!.. ", azan Asar yang berkumandang tuntas menggoncangkan hati-hati yang terkandung Iman.

Terjahan aura milik Rabb itu umpama menyentap jantung yang hampir terbakar dek hasutan syaitan yang sememangnya tercipta dari api. Syaitan yang tidak sabar-sabar menunggu aku melayangkan tumbukan pembuka pintu neraka, terhumban jauh daripada tubuhku. Kalam Rabb menyentap-nyentap jantungku.

" Laa ikroha fid diin.. Qod tabaiyyanar rusydu minal ghoyy.. (tiada paksaan di dalam agama (Islam).. sehingga jelas antara yang benar dan yang tidak benar..).. ".
" Jangan Bahri.. Jangan timbulkan fitnah pada Agama Allah ini.. ", bisikan Malaikat menasihatiku.
" Astaghfirullah.. ", hatiku kembali menegaskan keimananku.

Aku tertunduk. Aku mengangkat kepala dengan seulas senyuman.

" Setiap kata-kata saya tidak lebih dan tidak kurang hanyalah untuk mendidik diri saya.. Dan abang hanyalah sebagai saksi saya berikrar bahawa tidak akan bercouple.. Saya bukan tak boleh nak bersangka baik.. Tapi inilah bukti saya bertegas dengan diri saya.. ", kakak yang berdiri di sebelah pemuda itu terpaku semenjak aku menyapa mereka.
" Andai lebih baik jika akak bawak sorang teman..[sambil aku melayangkan senyuman sedekah].. ".
" Tadi abang saje jea nak test adik.. ", aku sengaja melindungi keaibannya, bukan aku tidak tahu abang itu hendak mengcover malu.

Beberapa Hari Kemudian : Dalam bilik Bahri
" Tit! tit!.. Tit! tit!.. ", handphoneku berdering menandakan ada mesej baru diterima.
" Askm.. Dik jmpt dtg la rmh akk.. mjlis pnikahn akk Rbu nie.. Kt ....... ", SMS misteri ku terima.
" Spe n?.... ", aku menjawab sempoi.
" Akk la.. org yg adik shoot ari 2. ", fikiranku ligat memutar masa mengingati peristiwa itu.
" Owh !.. x sgke.. Barokallahu fiikum.... ".
" Erm.. pe mksdny ?. ".
" Mga Allah brkti akk & abg.... ".

Tidak sangka perkara sehalus itu mampu Allah rancang. Lantas aku bersujud. Sebuah fitnah telah dikambus kebenaran. Jika tiada majlis itu, tentu sekali orang akan terus menyangka pasangan itu sedang menghampiri zina. Bagiku, meski niat sesuci manapun, tidak akan dapat membenarkan cara yang salah. Begitu jua amalan yang sesoleh mungkin, tidak akan dapat mambanarkan niat yang salah. Hmm.. Berzina kerana Allah.. Boleh ke.. X pelik ke.. Niat ok, tapi cara salah.. Memang sukar untuk berbicara dengan orang yang bezanya puluhan tahun dengan tubuhku yang baru belasan tahun....


WALLAHU WA RASULUHU A'LAM

hasil nukilan oleh: syahadatain

Saturday, October 11, 2008

Enam Pertanyaan Imam Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.