Islam is the way of my Life

Saturday, August 23, 2008

Khalifah Abdul Malik bin Marwan


" Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Ibunya bernama Aisya bt. Mu'awiyah b. al-Mughira. Ketika berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan pernah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Byzantine ketika pemerintahan Mu'awiyah. Abdul Malik b. Marwan adalah khalifah Bani Umayyah yang Kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi).

Khalifah Abdul Malik b. Marwan sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul kembali Mushaf Uthman, dan lain-lain. Diakhir hayatnya Khalifah Abdul Malik b. Marwan berhasrat melantik anaknya Al-Walid bin Abdul Malik bagi menggantikan pencalonan saudaranya Abdul Aziz. Ini menimbulkan ketegangan dengan Abdul Aziz tetapi ketegangan ini tamat apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian Abdul Malik b. Marwan. Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya Al-Walid bin Abdul Malik dilantik menjadi penggantinya.

Pada zaman pemerintahan beliau jugalah Qubbat As-Sakhrah telah dibina di Baitulmuqaddis.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Malik_bin_Marwan

No comments: