Islam is the way of my Life

Saturday, May 15, 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Hari guru

Selamat hari guru kepada semua guru-guruku...Selamat hari guru untuk ibu-bapaku yang merupakan guru pertamaku, dari kecil hingga dewasa tak pernah jemu mengajar aku untuk menjadi insan yang berguna..

Tidak kulupa juga kepada guru yang mengajar aku muqaddam sebelum aku masuk sekolah rendah lagi, sekolah tadika jengka 24, kepada ustaz-ustazah ku di sekolah agama jengka 24, guru-guru di sekolah kebangsaan jengka 24..jasa kalian tidak kulupa sampai bila-bila..

Buat guru-guru Ma'ahad Sultan Ahmad Shah, Jengka, lima tahun aku menuntut ilmu di sini..Banyak ilmu telah kalian curahkan pada diri ini..terima kasih guru-guruku..Tak kulupa juga kepda guru-guru tingkatan enamku di SMKA TAHAP..Moga Allah merahmati kalian..

Kepada tenaga pengajarku di UKM, terima kasih atas segala tunjuk ajar..jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila...

Sahabat-sahabatku yang disayangi, kalian juga guruku..tiap kali aku bersedih, kalian pasti datang menasihatiku dan mengajar aku erti tabah, tika aku buntu, kalian menunujukkan jalannya..Terima kasih sahabat-sahabatku..

Siapa pun kalian, walau mengajar aku hanya satu patah perkataan, kalian tetap guruku...Terima kasih semua guru-guruku..

Terima Kasih Ya Allah atas Kurniaan ini...

Thursday, May 13, 2010

Ibn Hazm al-Andalusi : Satu analisis Biografi

Wan Kamal Mujani, Noor Inayah Yaakub, Adibah Sulaiman & Ezad Azraai Jamsari

Ibn Hazm ialah seorang ulama Andalus terkemuka sejak dahulu hingga kini, dan hasil penulisannya masih lagi dirujuk dan diguna pakai. Ibn Hazm atau nama penuhnya al-Imam al-Hafiz Abu Muhammad Ali b. Ahmad b. Sa’id b. Hazm b. Gahlib b. Salih b. Khalaf b. Ma’dan b. Sufyan b. Yazid mawla Yazid b. Abi Sufyan Sakhr b. Harb b. Umayyah b. Abd al-Shams al-Umawi, dilahirkan di Cordova pada tahun 384H/994M. Ketika itu, ayahnya merupakan seorang menteri dalam kerajaan al-Amiriyyah yang memerintah Andalus atas nama Khalifah al-Umawi, Hisyam al-Mu’ayyad.

Pada peringkat awal, Ibn Hazm didik oleh pengasuh-pengasuh istana dan merekalah yang mengajarkan kepadanya al-quran dan syair-syair . Ibn Hazm telah mempelajari serta mendalami pelbagai ilmu pengetahuan seperti fiqh, Hadith, falsafah, bahasa arab, teologi, etika, mantik dan ilmu psikologi. Dalam bidang fiqh, pada mulanya Ibn Hazm mempelajari fiqh Mazhab Maliki kerana majoriti masyarakat Andalus dan Afrika Utara berpegang kepada mazhab ini. Hasil pemahaman Ibn Hazm daripada kitab-kitab lain telah mendorong beliau untuk mendalami kitab fiqh yang dikarang oleh Imam Shafi’i dan murid-muridnya. Walau bagaimanapun, beliau tidak kekal lama dengan Mazhab Shafi’i dan kemudian berpindah ke Mazhab Zahiri setelah mempelajari kitab fiqh karanga al-Mundhir b. Sa’ad al-Balluti.

Kesungguhan Ibn Hazm menuntut ilmu dalam pelbagai bidang telah membawa beliau berguru dengan ramai ulama ketika itu. Antara guru beliau dalam bidang fiqh ialah Abu ‘Umar Ahmad b. Muhammad al-Jasur, Abu ‘Abd Allah b. Dahwan, ‘Ali b. Sa’id al-‘Abdari dan Zahiri yang merupakan guru berpengaruh terhadap Ibn Hazm. Ibn Hazm turut mempelajari mantik dan falsafah daripada Muhammad b. al-Hassan al-Muzahji dan Ahmad b. Muhammad b. ‘Abd al-Waris. Kesungguhan Ibn Hazm menunutut ilmu menyebabkan beliau dapat mewarisi bermacam-macam bidang ilmu pengetahuan.

Friday, May 7, 2010

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Majlis persaraan ayahanda pengetua...



sempena hari lahir ayahanda..kek dihadiahkan bersama iringan lagu..Allah selamatkan kamu...


Barisan guru-guru SMA MAIWP..


Bersama ayahanda sebelum berarak ke balairong seri...



Kelibat ayahnda bagaikan Raja yang melawat negeri-negeri..


Ayahanda dirai bagaikan raja di hari terakhirnya....



6 MEI 2010

Tarikh yang begitu sedih bagi semua warga SMA MAIWP..Persaraan insan yang amat dikasihi..Aku juga tidak berupaya menahan kesdihan untuk berpisah dengan ayahanda.. hari terakhir ayahanda disambut dengan begitu bermakna..Aku lihat ayahada juga bersedih, sayu hati melihat air mata ayahanda gugur diwajahnya untuk berpisah dengan warga SMA MAIWP..ayahanda begitu terkejut dengan sambutan yang diadakan..Majlis ini dirancang tanpa pengetahuannya..Alhamdulillah berjaya..

Amanat ayahanda akan kami jaga dengan baik...katanya "Bekerjalah dengan jujur dan ikhlas, jangan berkira dalam bekerja"

Susah rasanya nak mencari pengganti seperti ayahanda..."Semoga Allah berkatimu"