Islam is the way of my Life

Sunday, May 24, 2009

Din Ilahi (Divine faith)

DIN ILAHI (DIVINE FAITH)


Maharaja Akbar


Pada tahun 1581 M/ 989 H, Akbar telah mengisytiharkan satu agama baru yang dikenali sebagai Din Ilahi atau Divine Faith atau kesatuan ketuanan. Agama ini merupakan satu manifestasi yang diilhamkan oleh Akbar dengan mengambil ciri-ciri penting yang dianggap baik dari setiap agama yang didengarinya daripada perbincangan di Ibadat Khanah iaitu agama Islam, Jain, Zoroastrian, Buddha, Hindu dan Kristian. Ciri-ciri baik ini telah digabungkan menjadi satu agama baru yang diharapkan mampu menyatukan rakyatnya yang mempunyai berbagai-bagai agama.


Dewan Ibadat Khanah


Dewan Ibadat Khanah merupakan tempat perbincangan agama yang dihadiri oleh wakil-wakil pelbagai agama ( Islam, Jain, Zoroastrian, Buddha, Hindu dan Kristian).



Fatehpur Sikri


Akbar juga bertekad menyatukan semua penganut agama tersebut dalam satu kesatuan seumpama itu supaya akan dapat menghindarkan krisis dan kekacauan yang sering berlaku disebabkan oleh fahaman yang berbeza. Atas dasar itulah, maka Din Ilahi atau Tauhid Ilahi diciptakan.

Din Ilahi banyak memberi pengaruh yang negatif kepada masyarakat umat Islam apabila amalannya banyak bertentangan dikalangan umat Islam. Malah Badaoni meyatakan bahawa Akbar telah murtad kerana mencipta agama baru tersebut. Meskipun demikian, agama Din Ilahi mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat yang beragama Hindu.

Sunday, May 17, 2009

Siapalah Diri ini

Siapalah diri ini…



Bisikan malam

Membuatkan aku termangu

Pada alam

Ku sampaikan bicara


Persis laut menggamit sendu

Bagaimana agaknya

Sebuah pengakhiran

Tidak dapat ku garap dengan tinta


Pengakhiran hidup yang kuimpi

Tentunya tenang dalam iman

Kadang-kala diriku berbicara

Siapalah diri ini


Namun Aku bersyukur

Atas nikmat iman dan Islam

Kuatkanlah diriku Ya Rahim

Agar tegar dalam ujianMu


Disaat tubuh terkujur layu

Apa yang diharapkan lagi

Hanya amalan menjadi penghubung

Baik buruk di negeri abadi


Angin bayu memecah jendela

Siulan unggas menggamit rasa

Bagaimana harus ku bawa diri

Jika diri penuh dengan dosa


Apa lagi yang diharapkan

Tidakkah pintu taubat setia menanti

Jangan ditunggu ajal menjemput

Kelak menyesal tiada guna


Padamu Ya Rabbi

Aku mengharap

Agar pengakhiran hidupku

Adalah Sebaik-sebaik pengakhiran


Hasil Nukilan: Akma


Hidup ini penuh dengan ujian. Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita. Berakhlak mulia di awal waktu, belum tentu kita terselamat dari pelbagai godaan. Berdoalah pada Ilahi agar diberi petunjuk dan dikuatkan iman hingga ke akhir hayat. Berdoalah selalu agar pengakhiran hidup kita adalah sebaik-baik pengakhiran. Biarlah kita hidup dalam iman dan mati dalam iman…amin

Thursday, May 14, 2009

Remaja....Hayatilah

Lirik lagu Remaja

Artist:UNiC

Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

Tuesday, May 12, 2009

Taubat

Dilema hidup


Kes Pertama di KEWAJA

Kehidupan berumahtangga sudah tentu mempuyai suka duka. Setiap dugaan akan dilalui bersama-sama oleh pasangan suami isteri. Namun, kadangkala persengketaan yang wujud diantara suami isteri menguji keutuhan sebuah rumahtangga. Bagi mencari ketenangan, kak Alin (bukan nama sebenar) secara sukarela ke pusat KEWAJA. Katanya dia benar-benar bersyukur kerana banyak benda yang dipelajari dari institusi ini.

Kadang-kala rasa rindunya mencengkam jiwa apabila teringatkan anak-anaknya di kampung seramai 3 orang. Sayu hatinya bila mengenangkan nasib dirinya. Apa yang diharapkan hubungan dia dan suaminya masih bergelar suami isteri walaupun kadang-kadang hatinya sudar tawar untuk memperbaiki hubungan ini. Namun, apabila memikirkan anak-anaknya, tidak sanggup rasanya untuk berpisah dengan suaminya. Banyak masalah selama ini hanya dipendam, sehingga satu tahap dia tidak mampu menahannya lagi dan menawarkan diri untuk pergi pusat KEWAJA mencari sesuatu yang baru dalam hidupnya. Harapan oleh Kak Alin ialah dia dan suaminya kembali bahagia dan dapat mendidik anak-anak dengan penuh kasih-sayang….

Ini adalah kesimpulan apa yang aku dapat dari temubual dari responden pertama,. Banyak lagi pengalaman mereka yang menyentuh hati, kebanyakannya ada kenangan hitam yang menyebabkan mereka terdampar di KEWAJA. Persepsi awal aku, semua yang dihantar ke KEWAJA adalah kerana mengandungkan anak luar nikah. Rupanya, ada juga kes seperti K.Alin yang datang kesana untuk mencari ketenangan. Semoga mereka yang berada di KEWAJA akan terus istiqamah dengan apa yang dipelajari di KEWAJA.

Melalui temubual kawan-kawan aku yang lain pula, banyak responden-responden yang mereka temubual lebih teruk kisah silamnya. Bak Kata orang kuat di KEWAJA tersebut, “sekarang ini bukan lagi boleh dipanggil GEJALA SOSIAL dikalangan remaja tapi sudah BENCANA SOSIAL”..Aku turut sedih dengan apa yang diceritakan oleh kawan-kawan aku melalui responden-responden mereka. Namun, pada mereka yang sudah terjebak sehingga mengandungkan anak luar nikah..ketahuilah pintu taubat masih terbuka luas, teruskanlah kehidupan kalian wahai (insan yang yang bergelar wanita).. Aku juga berlindung denganMu Ya Allah dari segala kejahatan.

Friday, May 8, 2009

-PERANG SALIB-


Europe and crusader states

Perang salib merupakan satu peperangan yang amat bersejarah bagi umat Islam. Peperangan ini amat berbeza dengan peperangan di Zaman Nabi. Aku berkesempatan untuk mempelajari subjek ini dengan seorang pensyarah dari Tanah Arab, Dr. Eman..Apabila mendengar sahaja subjek ini, aku terus mendaftarkan diri untuk dijadikan subjek pilihanku.

Selepas mempelajari subjek ini, baru aku tahu perang ini terdapat 8 siri peperangan semuanya. Sebelum ini, aku ingat perang salib hanya tercetus sekali sahaja.

Perang Salib yang pertama pada tahun 1096 – 1099M, Perang Salib yang kedua pada tahun 1147 – 1149M, Perang salib yang ketiga pada tahun 1189 – 1192M, Perang Salib yang keempat pada tahun 1203 – 1204M, Perang salib yang kelima pada tahun 1216 – 1221M, Perang salib yang keenam pada tahun 1228 – 1229M, Perang Salib yang ketujuh pada tahun 1248 – 1251M, Perang Salib yang kelapan pada tahun 1270 – 1273M.

Tokoh yang paling aku kagum dalam peperangan ini adalah Salahuddin Al-Ayubi. Dalam usia yang muda, beliau telah dapat menakluk Baitul Maqdis.. Begitu hebatnya beliau, berbeza benar dengan pemuda-pemuda zaman sekarang. Aku yakin kemenangan tentera Islam pada ketika itu berkait rapat dengan peribadi orang Islam itu sendiri, menjadikan Dinul Islam sebagai cara hidup dalam semua aspek kehidupan mereka ..Bilakah agaknya Salahuddin al-Ayubi yang kedua akan muncul lagi…





The Crusade

Fourth and later crusades


Kesan-kesan perang Salib.

Tetapi dalam bidang-bidang lain, seperti bidang politik, sosial, ekonomi dan ilmu pengetahuan, benua Eropah pada umumnya telah memperolehi faedah dan manfaat yang tidak ternilai harganya. Sebaliknya, negara-negara Islam yang menjadi medan perang selama mana Perang Salib itu mewarisi kesedihan, kesengsaraan dan penderitaan

Meskipun pihak kristian Eropah menderita akibat kekalahan dalam Perang Salib, namun mereka telah mendapat hikmah yang tidak ternilai harganya. Ini kerana mereka dapat berkenalan dengan kebudayaan dan peradaban Islam yang sudah sedemikian majunya. Bahkan, kebudayaan dan peradaban yang mereka peroleh dari Timur-Islam menyebabkan lahirnya Renaisans di Barat. Renaisans dapat ditakrifkan juga dari zaman kegelapan ke zaman kecerahan. Kebudayaan yang mereka bawa ke barat terutamanya dalam bidang ketenteraan, kesenian, perindustrian, perdagangan, pertanian, astronomi, kesihatan dan keperibadian.

Dalam bidang ketenteraan, dunia barat menemukan senjata dan teknik peperangan yang belum pernah mereka temui sebelummya di negeri mereka. Misalnya, penggunaan bahan-bahan peledak untuk melontarkan peluru, pertarungan senjata dengan menunggang kuda, teknik melatih burung merpati untuk kepentingan informasi ketenteraan dan penggunaan alat-alat rebana dan gendang untuk memberi dan menyuntik semangat kepada pasukan tentera di medan perang.

Dalam bidang perindustrian, mereka banyak menjumpai kain tenun sekaligus peralatan tenun di dunia Timur. Untuk itu, mereka mengimport pelbagai jenis kain, seperti muslin, satin dan damas dari Timur ke Barat. Mereka juga menemui pelbagai jenis minyak wangi, kemenyan dan getah arab yang dapat mengharumkan ruangan.

Sistem pertanian yang sama sekali baru di dunia Barat mereka temui di Timur-Islam seperti model tali air yang praktis dan jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang pelbagai aneka. Hal yang cukup penting adalah dengan penemuan gula. Hubungan perniagaan dengan Timur menyebabkan mereka menggunakan mata wang sebagai alat pertukaran barang. Sebelumnya mereka menggunakan sistem barter. Ilmu astronomi yang telah dikembangkan oleh Islam sejak abad ke-9 telah mempengaruhi lahirnya pelbagai observatorium di dunia Barat. Selain itu, mereka meniru rumah sakit dan tempat permandian. Yang tidak kurang pentingnya adalah sikap dan keperibadian umat Islam di Timur pada waktu itu telah memberikan pengaruh yang positif terhadap nilai-nilai kemanusiaan di Eropah yang sebelumnya tidak mendapat perhatian.

Thursday, May 7, 2009

Warkah Buat Hawa


WARKAH BUAT HAWA...


HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…

Sumber: www.iluvislam.com

Asalammualaikum..

Lama benar blog ini suram tanpa pengisian yang baru..kali ini, aku nak coretkan sedikit ceritaku dengan sahabat-sahabat..

Tiga tahun di UKM berlalu begitu pantas sekali..aku betul-betul sedih , tak lama lagi aku akan meninggalkan bumi bertuah ini..banyak pahit manis aku disini..tp enjoy duk di alam universiti ni..berbeza benar dengan zaman skolah dulu..

Banyak knangan aku ngan sahabat2..Ingat lagi, time mula2 sampai kat UKM..aku dpt rumate ngan budak klantan, Mas nama dia, bdk kejuruteraan..dialah org pertama yang aku knl..hehe..mggu 3M lak, satu minggu orientasi yg pling best bg aku, aku jg diasingkn atr bdk2 1 kos..kos aku ada 3 org je kt kolej time 3M tu..aku, Izah ngn Nordin..mcm x caye je aku boleh jadi best friend dengan Izah hgga skrg...ehehe

Lama kelamaan aku mkin dpt ramai kwn, ni kawan baik aku kt kolej...(Izah, tie, sya, sarah, mas, intan, yatie, sarina, k.fedy, k.yus, dila, asma, adeq)..huhu..thanks to be my friend..slalu jgk aku mkn sma2 ngn diorg, klu ari mggu pnuhlah kt dpn tv..

Sejak akhir-akhir ni aku juga mkin rapat ngn bdk2 arab..best betul duk sx ngn diorang..ingt lagi saat-saat g Cameron ngn Sg. Tekala.. Waktu g Sg. Tekala..Ktorg konvoi 3 buah kete, smpi je kt sn, ktorg trus terjun kt dlm sg..gelak ketawa bersama-sama, meriah sungguh suasana waktu tu.. selepas keletihan, ktorg santai kt atas batu tuk mkn tghari..fuh..mmg best saat-saat itu ..pas abeh aktv. kt sg. Tekala.. ktorg ronda-ronda plak kt Putrajaya.. x pkir langsung psl tesis ngn exam time 2..padahal mggu dpnnya dh nk final exam…ish3

Ingat lagi masa jogging kat Tasik Cempaka (aku, aisyah, zana, ngn yani).. slps ari tu, aku, zana ngn aisyah makin rapat..btullah riadah ni bleh mengeratkan siratulrahim..hehe

Tak lupa gak wat kawan-kawan TAHAP, mlm last kte jmpa sem ni kt kdi mkn area nk g putrajaya..best tul mlm tu..pas mkn mlm trus main bowling .. pas main bowling, Zainul blanja kte sume..hehe..bnyk duit dia..x sangka batch kita ramai yang masuk UKM..16 org sumenya.. ( Wan aina (best Friend), k.Na, odah, Jie, Huda, Kema Harith, Kema Pojie, Emy, Kama, Aisyah, Shikin, Za, Zainul n Aiman)..Moga ukhuwah kita berkekalan..

Walaupn bnyk kngn yg best kt UKM..Tesis selalu menyerabutkan kepala ni..kadang-kadang tension dibuatnya..pada ( Izah, Yana, Farhah, n Najib)..yg sama ayahanda ngan aku..moga kte dpt siapkan tesis dgn smpurna..amin

Wat sume kawan-kawan aku, bnyk lg x sbut ni.., Apapun, thanks sume…Moga kalian berjaya dlm apa jua bidang yng diceburi..