Islam is the way of my Life

Friday, May 8, 2009

-PERANG SALIB-


Europe and crusader states

Perang salib merupakan satu peperangan yang amat bersejarah bagi umat Islam. Peperangan ini amat berbeza dengan peperangan di Zaman Nabi. Aku berkesempatan untuk mempelajari subjek ini dengan seorang pensyarah dari Tanah Arab, Dr. Eman..Apabila mendengar sahaja subjek ini, aku terus mendaftarkan diri untuk dijadikan subjek pilihanku.

Selepas mempelajari subjek ini, baru aku tahu perang ini terdapat 8 siri peperangan semuanya. Sebelum ini, aku ingat perang salib hanya tercetus sekali sahaja.

Perang Salib yang pertama pada tahun 1096 – 1099M, Perang Salib yang kedua pada tahun 1147 – 1149M, Perang salib yang ketiga pada tahun 1189 – 1192M, Perang Salib yang keempat pada tahun 1203 – 1204M, Perang salib yang kelima pada tahun 1216 – 1221M, Perang salib yang keenam pada tahun 1228 – 1229M, Perang Salib yang ketujuh pada tahun 1248 – 1251M, Perang Salib yang kelapan pada tahun 1270 – 1273M.

Tokoh yang paling aku kagum dalam peperangan ini adalah Salahuddin Al-Ayubi. Dalam usia yang muda, beliau telah dapat menakluk Baitul Maqdis.. Begitu hebatnya beliau, berbeza benar dengan pemuda-pemuda zaman sekarang. Aku yakin kemenangan tentera Islam pada ketika itu berkait rapat dengan peribadi orang Islam itu sendiri, menjadikan Dinul Islam sebagai cara hidup dalam semua aspek kehidupan mereka ..Bilakah agaknya Salahuddin al-Ayubi yang kedua akan muncul lagi…





The Crusade

Fourth and later crusades


Kesan-kesan perang Salib.

Tetapi dalam bidang-bidang lain, seperti bidang politik, sosial, ekonomi dan ilmu pengetahuan, benua Eropah pada umumnya telah memperolehi faedah dan manfaat yang tidak ternilai harganya. Sebaliknya, negara-negara Islam yang menjadi medan perang selama mana Perang Salib itu mewarisi kesedihan, kesengsaraan dan penderitaan

Meskipun pihak kristian Eropah menderita akibat kekalahan dalam Perang Salib, namun mereka telah mendapat hikmah yang tidak ternilai harganya. Ini kerana mereka dapat berkenalan dengan kebudayaan dan peradaban Islam yang sudah sedemikian majunya. Bahkan, kebudayaan dan peradaban yang mereka peroleh dari Timur-Islam menyebabkan lahirnya Renaisans di Barat. Renaisans dapat ditakrifkan juga dari zaman kegelapan ke zaman kecerahan. Kebudayaan yang mereka bawa ke barat terutamanya dalam bidang ketenteraan, kesenian, perindustrian, perdagangan, pertanian, astronomi, kesihatan dan keperibadian.

Dalam bidang ketenteraan, dunia barat menemukan senjata dan teknik peperangan yang belum pernah mereka temui sebelummya di negeri mereka. Misalnya, penggunaan bahan-bahan peledak untuk melontarkan peluru, pertarungan senjata dengan menunggang kuda, teknik melatih burung merpati untuk kepentingan informasi ketenteraan dan penggunaan alat-alat rebana dan gendang untuk memberi dan menyuntik semangat kepada pasukan tentera di medan perang.

Dalam bidang perindustrian, mereka banyak menjumpai kain tenun sekaligus peralatan tenun di dunia Timur. Untuk itu, mereka mengimport pelbagai jenis kain, seperti muslin, satin dan damas dari Timur ke Barat. Mereka juga menemui pelbagai jenis minyak wangi, kemenyan dan getah arab yang dapat mengharumkan ruangan.

Sistem pertanian yang sama sekali baru di dunia Barat mereka temui di Timur-Islam seperti model tali air yang praktis dan jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang pelbagai aneka. Hal yang cukup penting adalah dengan penemuan gula. Hubungan perniagaan dengan Timur menyebabkan mereka menggunakan mata wang sebagai alat pertukaran barang. Sebelumnya mereka menggunakan sistem barter. Ilmu astronomi yang telah dikembangkan oleh Islam sejak abad ke-9 telah mempengaruhi lahirnya pelbagai observatorium di dunia Barat. Selain itu, mereka meniru rumah sakit dan tempat permandian. Yang tidak kurang pentingnya adalah sikap dan keperibadian umat Islam di Timur pada waktu itu telah memberikan pengaruh yang positif terhadap nilai-nilai kemanusiaan di Eropah yang sebelumnya tidak mendapat perhatian.

No comments: