Islam is the way of my Life

Tuesday, May 12, 2009

Dilema hidup


Kes Pertama di KEWAJA

Kehidupan berumahtangga sudah tentu mempuyai suka duka. Setiap dugaan akan dilalui bersama-sama oleh pasangan suami isteri. Namun, kadangkala persengketaan yang wujud diantara suami isteri menguji keutuhan sebuah rumahtangga. Bagi mencari ketenangan, kak Alin (bukan nama sebenar) secara sukarela ke pusat KEWAJA. Katanya dia benar-benar bersyukur kerana banyak benda yang dipelajari dari institusi ini.

Kadang-kala rasa rindunya mencengkam jiwa apabila teringatkan anak-anaknya di kampung seramai 3 orang. Sayu hatinya bila mengenangkan nasib dirinya. Apa yang diharapkan hubungan dia dan suaminya masih bergelar suami isteri walaupun kadang-kadang hatinya sudar tawar untuk memperbaiki hubungan ini. Namun, apabila memikirkan anak-anaknya, tidak sanggup rasanya untuk berpisah dengan suaminya. Banyak masalah selama ini hanya dipendam, sehingga satu tahap dia tidak mampu menahannya lagi dan menawarkan diri untuk pergi pusat KEWAJA mencari sesuatu yang baru dalam hidupnya. Harapan oleh Kak Alin ialah dia dan suaminya kembali bahagia dan dapat mendidik anak-anak dengan penuh kasih-sayang….

Ini adalah kesimpulan apa yang aku dapat dari temubual dari responden pertama,. Banyak lagi pengalaman mereka yang menyentuh hati, kebanyakannya ada kenangan hitam yang menyebabkan mereka terdampar di KEWAJA. Persepsi awal aku, semua yang dihantar ke KEWAJA adalah kerana mengandungkan anak luar nikah. Rupanya, ada juga kes seperti K.Alin yang datang kesana untuk mencari ketenangan. Semoga mereka yang berada di KEWAJA akan terus istiqamah dengan apa yang dipelajari di KEWAJA.

Melalui temubual kawan-kawan aku yang lain pula, banyak responden-responden yang mereka temubual lebih teruk kisah silamnya. Bak Kata orang kuat di KEWAJA tersebut, “sekarang ini bukan lagi boleh dipanggil GEJALA SOSIAL dikalangan remaja tapi sudah BENCANA SOSIAL”..Aku turut sedih dengan apa yang diceritakan oleh kawan-kawan aku melalui responden-responden mereka. Namun, pada mereka yang sudah terjebak sehingga mengandungkan anak luar nikah..ketahuilah pintu taubat masih terbuka luas, teruskanlah kehidupan kalian wahai (insan yang yang bergelar wanita).. Aku juga berlindung denganMu Ya Allah dari segala kejahatan.

No comments: