Pada tahun 1581 M/ 989 H, Akbar telah mengisytiharkan satu agama baru yang dikenali sebagai Din Ilahi atau Divine Faith atau kesatuan ketuanan. Agama ini merupakan satu manifestasi yang diilhamkan oleh Akbar dengan mengambil ciri-ciri penting yang dianggap baik dari setiap agama yang didengarinya daripada perbincangan di Ibadat Khanah iaitu agama Islam, Jain, Zoroastrian, Buddha, Hindu dan Kristian. Ciri-ciri baik ini telah digabungkan menjadi satu agama baru yang diharapkan mampu menyatukan rakyatnya yang mempunyai berbagai-bagai agama.

Dewan Ibadat Khanah

Akbar juga bertekad menyatukan semua penganut agama tersebut dalam satu kesatuan seumpama itu supaya akan dapat menghindarkan krisis dan kekacauan yang sering berlaku disebabkan oleh fahaman yang berbeza. Atas dasar itulah, maka Din Ilahi atau Tauhid Ilahi diciptakan.
Din Ilahi banyak memberi pengaruh yang negatif kepada masyarakat umat Islam apabila amalannya banyak bertentangan dikalangan umat Islam. Malah Badaoni meyatakan bahawa Akbar telah murtad kerana mencipta agama baru tersebut. Meskipun demikian, agama Din Ilahi mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat yang beragama Hindu.
No comments:
Post a Comment