Islam is the way of my Life

Tuesday, December 30, 2008

Bicara hati..

Buzz! Buzz! Berkali-kali bunyi itu menggangu ruang YMnya…ah! Sungguh membisingkan…”adakah perlu aku melayannya, sedangkan aku tidak mengenali siapakah mereka-mereka ini, entahkan penyamun, perompak.. …ish ada-ada sahaja kau ni, fikir yang bukan-bukan.” Balqis melayan persoalan-persoalan dihatinya. Adakah ini yang patut dilakukannya bagi mengisi kelapangan waktunya… Chatting yang benar-benar melekakan…Jika ini yang dimahukan kenapa jiwanya masih tidak tenang..dirinya mula bermuhasabah…


Namun, pada hakikatnya jiwa manusia yang beriman tetap tidak akan tenang dan menjadi gelisah apabila melakukan kesalahan kepada Allah. Oleh sebab itu, nabi saw ada berpesan supaya bertanya kepada hati sendiri sebelum melakukan sesuatu. Apakah yang dimaksudkan supaya bertanya kepada hati sendiri? Maksudnya ialah kita berfikir sejenak, sekurang-kurangnya bertanya, “apakah betul apa yang aku lakukan ini?” Nescaya kita akan mendapati hati kita akan memberi keputusannya. Jika apa yang dilakukan itu bercanggah dengan keputusan Allah SWT, maka hati kita akan menjadi gelisah dan serba salah.


Sepi mengecam jiwanya...siapakah yang dapat mengubat jiwanya..tiba-tiba Balqis terkenangkan ibu bapanya di kampung..Sungguh pada waktu itu rindunya benar-benar menghiris kalbu..persoalan demi persoalan bertalu-talu muncul difikirannya ”adakah ibu dan ayah sihat di kampung?..adakah mereka masih tegar menelusuri liku-liku hidup ini?..sepatutnya tika inilah aku mampu membantu ibu membanting tulang empat kerat..Maafkan diri ini ibu, aku masih tidak mampu membantu dirimu..aku perlu menghabiskan pengajianku.. angin malam sepoi-sepoi menyerbu kearahku..air mata mula berlinangan mengingatkan wajah jernih ayah dan ibu..


Zaman kanak-kanak pula tergiang-ngiang difikiranku..dimanakah kawan-kawanku..Aduh! begitu indahnya zaman kanak-kanak. Tidak perlu memikirkan hal yang besar-besar..Yang difikirkan hanya keseronokan, bermain di sungai Wak Hassan, berkejar-kejaran keliling kampung, berbasikal beramai-ramai menyusuri kebun-kebun yang menghijau..sungguh meriahnya suasana kampung ketika itu,,, yang paling best aku dan kawan-kawan membina rumah kayu dia atas pokok yang rendang..aku dan kawan-kawan bergelak tawa apabila melihat rumah yang kami bina senget kedudukannya.. inilah hasilnya, namun kami puas… adakah mereka masih mengingati nostalgia itu..” Dimanakah mereka???”


Jangan dilayan sangat perasaan itu..bisik hati kecilku..Astaghfirullahhal azim..aku mula sedar dari khayalan sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. Aku terus mencapai penaku dan mula membelek kamus-kamus dihadapanku. Mu’jam wasit, Mu’jam Tullab,dan kamus Mawrid..Homeworkku perlu disiapkan..esok awal-awal pagi aku ada kelas bersama Dr. Amran selaku pengajar subjek Maharatku….

No comments: