Islam is the way of my Life

Tuesday, December 30, 2008

Family or Somebody Special???

Sukarnya dalam memuat pilihan..Apabila diberi pilihan yang mana satu akan dipilih family or somebody special? Tidakkah kedua-duanya amat berharga dalam hidup kita…namun, ada juga yang mengatakan apa salahnya pilih kedua-duanya. Tidak perlu pening kepala..tak semestinya kita pilih somebody, family akan diabaikan.


Ada benarnya apa yang dikatakan..namun, hidup ini tidak akan terlepas dari kos lepas..salah satu harus diutamakan..sekiranya belum bersedia adakah patut memilih si dia?… sedangkan perjuangan masih panjang… Allah S.W.T sukakan hamba-hambaNya yang melakukan sesuatu dengan bersunguh-sungguh. Dengan cara demikian, akan lahirnya tokoh-tokoh yang hebat seperti Ibnu Sina, Ibnu khaldun dan al-Khawarizmi.


Tidakkah tokoh-tokoh yang hebat juga mendirikan rumahtangga? So, whats problem? Malah ada pepatah mengatakan kejayaan seorang lelaki dibelakangnya wujudnya seorang wanita. Sebagaiman kisah Nabi jujungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang mana disebalik kejayaanya adalah kerana banyaknya pengorbanan dari isterinya Siti Khadijah iaitu seorang wanita yang mulia. Disini, dapatlah difahami bahawa, tiada salahnya kita memilih somebody asalkan caranya sahaja mestilah berlandaskan syariat…


Namun, dalam era moden ini, kecil-kecil lagi sudah terdedah dengan percintaan. Walhal ketika itu sudah matangkah mereka dalam menilai cinta yang sebenar. Sudah kukuhkah cintanya pada famili? Sayang sekali ramai yang hanyut…sedangkan perjalanan masih jauh..

ALLAH SWT telah berfirman,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)


Teringat diri ini di dalam satu forum..seorang individu mengemukakan soalan bolehkah dirinya tidak berkahwin kerana mahu menjaga kedua Ibu bapanya....Ustaz Hassan din menjawab “ Nabi tidak mengaku umat siapa yang tidak mahu berkahwin, lainlah dah memang tiada jodoh pada ketika itu” terfikir diri ini bahawa ibu-bapa tetap ibu bapa kita, tanggungjawab tetap tanggungjawab namun apabila sampai jodohnya eloklah mendirikan rumah tangga… So, fikir-fikirkan…apa yang diperkatan diatas…

No comments: