Islam is the way of my Life

Sunday, January 18, 2009


UMAR BIN ABDUL AZIZ


1.0 Pendahuluan


Kini kita berada dihadapan lembaran sejarah Islam yang sangat indah. Satu lembaran yang menghubungkan sejarah Abu Bakar dan Umar ibnul-Khattab yang pernah terputus. Satu perkara yang pasti bagi kita untuk mengatakan bahawa masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, walaupun hanya berumur pendek, merupakan pemerintahan yang memiliki cirinya tersendiri serta pemerintahannya yang berbeza dengan pemerintahan Bani Umayyah secara keseluruhan.(Ahmad Al’Usairy, 2003, 203)


2.0 Latar Belakang


Nama penuh beliau ialah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam. Ibunya bernama Ummu’ Ashim binti Ashim bin Umar ibnul-Khattab. Sebelum menjadi khalifah, beliau adalah penguasa di Madinah dan hidup dalam kemewahan yang biasa dilakukan oleh Bani Umayyah. (Ahmad Al-‘Usairy, 2003, 203)

Umar dilahirkan di kota Hulwan. Umar ibn Abdul Aziz dianggap sebagai khalifah yang paling baik peribadinya dari Daulah Bani Umayyah, dan seorang yang paling takwa kepada tuhan, dan seorang yang bersih dari pekerjaan maksiat, dan seorang yang paling kuat menjaga lidahnya, dan seorang yang paling kuat kemahuannya unuk menyebarkan agama Islam dan meninggikan kalimah Allah sehingga pemerintahannya merupakan sustu cermin yang cemerlang pada masa itu, dimana kita lihat dalam Daulah Bani Umayyah ini khalifah-khalifahnya memerintah dengan tangan besi dan banyak terjadi pertempuhan darah, sehingga kaum muslimin menyerupakan beliau dengan neneknya Umar ibn Chaththab dalam kedaan pemerintahnnya dan juga dengan sikap zuhudnya.

Ayahnya adalah gabenor yang lemah lembut dan pemurah yang terkenal dengan wara’ dan takwa seorang perawi hadis dan senang mendengar syair-syair dan kesusasteraan, sehingga majlisnya adalah majlis hari ahli-ahli fikhi, ulama dan ahli-ahli sastera. Dan ibunya adalah Ummu ‘Ashim binti Umar ibn Khattab, juga seorang wanita yang baik budi, lemah lembut dalam pegaulan disamping wara’ dan takwa.

Umar ibn Abdul Aziz sudah sanggup menghafal al-quran disaat beliau masih kecil, kemudian ayahnya menghantarkannya ke Madinah untuk menuntut ilmu, maka beliau mendalami agama dan meriwayatkan hadith dan tekun mempelajari kesusasteraan dan syair-syair, sehingga beliau menjadi seorang yang sangat dalam ilmu pengetahuannya, sehingga waktu itu dikatakan orang bahawa ulama itu adalah sebagai murid. (A. Mu’ Ummar, tth, 80)

Hakikatnya, Umar tidak mengharapkan untuk menjadi sebagai seorang khalifah dan tidak mengiimpikannya sama sekali. Tatkala ketika beliau di bai’ah sebagai khlaifah dan dianugerahkan surat penetapan baginda maka dia berkata: Demi Allah aku sedikitpun tidak meminta jabatan ini dari Allah. Tatkala sampai kepadanya kenderaan khalifah maka dia enggan untuk menaikinya dan berkata: Datangkan sahaja kepadaku kenderaan yang sederhana.(A Mu’Ummar,83)

3.0 Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz


Banyak pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz. Pembaharuan yang dilakukan banyak memberikan kebaikan kepada rakyatnya pada ketika itu. Antaranya pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan ialah seperti berikut:

3.1 Menolong kaum lemah yang tertindas.


Rasa tanggungjawab menguasai Umar Bin Abdul Aziz untuk menunaikan semua amanah yang diberikan ketasnya, ia melihat dan teringin sekali untuk menyelesaikan semua urusan umat Muhammad s.a.w mulai dari barat sampai ke timur tanpa seorang perantara atau tanpa dimintanya. Membela hak dan maruah orang-orang lemah yang tertindas adalah satu kewajipan bagi Umar bin Abdul Aziz. Beliau telah berjuang dengan bersungguh-sungguh sepanjang pemerintahannya yang pendek itu sehingga tersingkirlah kelaziman, dan menyampaikan setiap yang mempunyai hak kepada ahlinya, sreruannya setiap hari adalah: “Dimana orang-orang yang berhutang? Dimana orang-orang yang (akan) menikah ? Dimana orang-orang yang miskin? Dimana anak-anak yatim? Sehingga tercuckupilah setiap mereka itu. (Muqoddam bin Haji Cholil, 2000, 94)

Islam telah menetapkan langkah-langkah bagi membebaskan para hamba abdi secara bertahap salah satu caranya ialah dengan menjadikan 1/8 bahagian daripada harta zakat untuk tujuan membebaskan hamba abdi. Pada zaman Umar bin Abdul Aziz ini salah seorang gabenor yang bertugas di Afrika melaporkan bahawa dia tidak menemukan seorang fakir miskinpun untuk diberikan kepadanya harta zakat. Maka khalifah menyuruhnya untuk membeli para hamba abdi dan membebaskan mereka serta merta. Umar bin Abdul Aziz sentiasa melawan kelaziman mulai pada hari beliau diangkat sebagai khalifah sampai ke akhir hayatnya.

Selain itu, penduduk Samarkhand mengadukan kepada Umar tentang kezaliman Qutaibah dan merampas tanahnya. Padahal Alah telah menampakkan keadilan kepada kami maka mereka mengutus utusan ke Damsyik untuk bertemu dengan khalifah sendiri. Kemudian khalifah menulis surat bagi mereka kepada Sulaiman untuk diselesaikan masalahnya. Surat Umar itu berbunyi :”Bahawasanya penduduk Samarkhand telah mengadukan kezaliman yang menimpanya dari Qutaibah sehingga mereka dikeluarkan dari wilayahnya. Apabila sampai suratku ini maka angkatlah bagi mereka seorang qadi dan selesaikanlah permasalannya, jika telah selesai maka keluarkanlah kembali orang-orang Arab ke kem sebagaimana Qutaibah sebelum sebelum menakluki mereka. Demikianlah akhirnya tentera Arab itu dikeluarkan semula dari Samarkhand ke kem-kem mereka dan diperlakukan secara sama dan dibuatlah satu perjanjian baru. Penduduk Samarkhand pun reda terhadap keputusan tersebut.( ibid, hlmn 95&96)

The Encyclopedia of Islam mengakui bahawa Umar bin Abdul Aziz yang bersikp baik dan adil terhadap orang yang bukan Islam, malahan sangat memperhatikan mereka. Orang Kristian, yahudi, dan penyembah api (Majusi) diizinkan mendirikan tempat ibadah dan beribadah di gereja, sinagong dan kuilnya. Di Damsyik, al-walid menurunkan basilica john Pembabtis dan menjadikannya bahagian dari masjid Umayyah. Ketika Umar menjadi khalifah, orang kristian mengadukan tentang penyitaan gerejanya, dan ia seketika itu juga memerintahkan gabenornya mengembalikan kepada pemilik asalnya. Di Aila dan Cyprus jumlah upeti yang sudah dinaikkan melalui perjanjian dengannya, ia turunkan kembali kepada jumlah sebelum berlakunya perjanjian. Umar benar-benar memperlakuakn ahli zimmah atas dasar kasih sayang dan kemuliaan, ia tidak mahu dikategorikan sebagi khalifah yang tidak amanah sebagimana perlakuan Hajjaj yang tidak amanah sebagiman perlakuan Hajjaj kepada mereka.

(ibid, hlmn 97)

3.1.2 Menghilangkan amalan Nepotisme


Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau melebihkan anak saudara atau kawan-kawan sendiri. Ia tidak segan-segan menurukan kaum kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu menegakkan keadilan.

Keadilan adalah dasar pemerintahan yang ditegakkan dan diperjuangkan beliau, menurunkan kaum kerabat bani Umayyah yang tidak bijak memerintah dan digantinya dengan mampu. Al-Mas’udi meriwayatkan:

Umar bin Abdul Aziz adalah puncak ahli ibadah dan tawadduk ia memberhentikan pekerja-pekerja kaum kerabat bani Umayyah dan menggantinya dengan pekerja-pekerja yang lebih berkemampuan untuk bekerja. (ibid, hlmn 98)

Salah satu ciri utama seorang pemimpin yang bijak ialah apabila ia dapat meletakkan pekerja-pekerjanya yang berkemampuan dalam bidang masing-masing. Mereka inilah yang akan membantu menguruskan kerja-kerja kerajaan dengan teliti dan teratur sesuai dengan kemahirannya yang dimiliki. Pada dasarnya sistem kekeluargaan bukan lah sesuatu yang dilarang, namun yang tidak diperbolehkan adalah menngangkat seseorang yang tidak mampu menunaikan tugasnya dengan baik sementara disana masih banyak lagi orang-orang yang lebih berkemampuan melaksanakan tugasnya pasti akan menimbulkan kerosakan dalam sektor tersebut.( ibid, hlmn 99 )

Al-Madaini meriwayatkan : “ Umar mengangkat seorang laki-laki daripada bapa saudaranya atas satu pekerjaan kemudian dihadapkan kepadanya dua orang laki-laki yang minta dihakimi berkenaan dengan masalah dinar (kewangan) tetapi ia tidak memberi keputusan yang bijak antara keduanya dan mengenakan denda satu dinar kemudian ia akan menyelesaikan masalah antara dua lelaki tersebut, mak Umar mengirim surat kepadanya : “ Bahawasanya saya tidak mengangkat kamu supaya meminta denda. Dan ia menggantikannya dengan yang lain. (ibid, hlmn 100)


3.1.3 Memecat wali-wali yang zalim dan menggantinya dengan yang lebih baik


Dasar baru ini tidak membabitkan penyerahan kuasa oleh pemerintah pusat. Pada hakikatnya Umar bin Abdul Aziz telah menyelia segala tindalkan yang dibuat wali-walinya denagn cara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berbeza dengan tiga leluhur yang sebelumnya, beliau tidak lagi memerlukan wali-wali yang kuat seperti Hajjaj bin Yusuf dan Yazid. Sebaliknya beliau meminta wali-walinya supaya melaksanakan arahan-arahannya. Dalam suasana begini pandangan politik wali secara individu tidak penting berbanding dengan pemuasatan kuasa pemerintahan Sulaiman.

Umar memerlukan kelayakan dan ketaatan secara zahir, dan beliau bersedia melantik sesiapa daripada pengikut-pengikut Hajjaj sekiranya ia mempunyai sifat-sifat tersebut.

Roda pemerintahan Umar in Abdul Aziz bejalan terus dan menghentikan setiap kemungkaran dan tabiiat para wali yang menindas rakyat dengan kezaliman, iaitu dengan mengganti mereka ternyata berbuat kezalliman dan digantikan tempatnya oleh para wali yang lebih baik akhlak dan budi pekertinya.(ibid, hlmn 101)

Dipecatnya Usamah bin Zaid al-Tanukhi, yang sebelum ini menjawat sebagai pegawai zakat di Mesir Usamah ini sangat zalim dan banyak tindakan-tindakannya yang melampaui batas. Umar juga memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi gabenor Iraq dan Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.(ibid, hlmn 102)

Pada zaman pemerintahann beliau, dapat memeprlihatkan kebijaksanaan beliau untuk mengamankan negara lebih hebat lagi iaitu memberi hadiah kepada sesiapa sahaja yang dapat melaporkan tentang penyelewengan-penyelewengan yang berlaku. Ia membuat surat pekeliling dan supaya diumumkan di dalam pekan-pekan raya, majlis-majlis dan tempat-tempat pertemuhan awam. (ibid, hlmn 106&107)


3.1.4 Mengembalikan harta yang tidak sah kepada Baitulmal


Sifat amanahnya yang tinggi mendorong Umar bin Abdul Aziz untuk berlaku adil terhadap semua pihak baik terhadap dirinya keluarganya mahupun kaum kerabatnya yang dekat sekalipun. Sifat memperkaya diri unutk kepentingan diri dan keluarganya telah dikikis dengan sungguh-sungguh. Sekarang tibalah gilirannya bagi kaum keluarganya yang dekat untuk menerima reformasi demi tegaknya kedailan. Baginya tiak ada sedikitpun perasaan takut untuk dikecam, ditentang ataupun dimusuhi sekalipun.

(ibid, hlmn 109)

Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan radikal yang dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah beliau menolak kuda-kuda hias yang segak dan belum pernah digunakan, sememangnya kenderaan itu dikhaskan bagi khalifah-khalifah yang baru, beliau memilih keldainya dan menyuruh kuda-kuda tesebut dimasukkan ke dalam Baitulmal, tiada mahu tinggal di istana sebaliknya tinggal di rumahnya yang usang. Begtu juga semua tenda-tenda permaidani dan tempat –tempat alas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru semuanya itu dijualnya dan wangnya dimasukkan dalam baitulmal.(ibid, 100,1110)

Selain itu, Umar mengembalikan kebun Fedak kepada keturunan Nabi, yang diambil Marwan senmasa pemerintahan Usman r.a. ia meminta isterinya fatimah mengembalikan perhiasan yang ia terima dari ayahnya, khalifah Abdul Malik. Isteri yang setia itu dengan ikhlas mengikuti arahan suaminya. Dan menyerahkan seluruh perhiasannya kepada pihak baitulmal.(ibid, hlmn 111)


3.1.5 Mengubah Strategi dakwah


Beliau turut mengubah strategi-strategi dakwah-dakwahnya. Antaranya ialah:


3.1.5.1Dari kekerasan peperangan kepada dakwah dengan hikmah

Umar bin Abdul Aziz menyebarkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w, dan menempuh cara damai dalam berdakwah tersebut yang mana hal itu tidak dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumya, dakwah itu sangat berkesan yang menyebabkan ramai orang-orang memeluk Islam.(ibid, hlmn 113)

Umar bin Abdul Aziz memang mejauhi penyebaran Islam dengan kekuatan bersenjata, ia berusaha sekuat tenaga untuk menyebarkan Islam dengan dakwah yang lemah lembut secara menyeluruh. Bahkan semua tentera yang sedang berperang melawan negara jirannya seperti Konstantinopel begitu juga yang di Asia Tengah..(ibid, hlmn 114)


3.1.5.2.Menjadikan kerajaan sebagai pusat hidayah

Kerajaan boleh menjadi teladan kepada rakyatnya mestilah Umar sendiri menjadikan peloprnya terlebih dahulu dalam segala kebaikan. Demikianlah ia meletakkan negara secara keseluruhan sebagai tempat teladan sambil menyampaikan amanah yang dibebankan rakyat keatasnya dengan penuh tanggungjawab dan mencurahkan segala pengorbanannya demi kemaslahatan rakyatnya. (ibid, hlmn 117)

3.1.5.3Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat)

Umar bin Abdul Aziz meyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang mesti ditegakkan dalam kerajaannya. Dengannya pemerintahan agak tegak, kebenaran akan terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat.(ibid hlmn 120)

3.1.5.4 Tetap menegakkan jihad

Benar memang Umar telah menarik balik pasukan yang mengepung Konstantinople dan mengundurkan satuan-satuan tempurnya di perbatasan-perbatasan namun hal itu bukan bereerti peregerakan futuhat telah diberhentikan. Ada dibeberapa wilayah yang jihad masih dibuka pintunya dengan seluas-luasnya, hal itu memberi kesempatan umat Islam untuk menegakkan jihad tersebut. Di Andalus misalnya tentera Islam telah dapat menawan bandar Narbornne wilayah Perancis. Umar bin Muslim saudara Qutaibah bin Muslim yang menjadi wali di perbatasan dengan Hind mengadakan serangan disebahagian wilayah Hind dan mendapatkan kemenangan-kemenangan. Beliau juga mengarahkan gabenornya supaya tidak menyerang pertahanan-pertahanan kerajaan Rom sehingga menyerah mereka terlebih dahulu kepada Islam apabila mereka menerima maka cukuplah bagi mereka, apabila menolak maka membayar jizyah, apabila menolak maka barulah perang.(ibid, hlmn 122)

Umar bin Abdul Aziz telah menarik pasukannya dari pelbagi medan peperangan diantara sebab-sebabnya ialah kekalahan banyak menimpa kaum muslimin di medan Rom, memperbetulkan urusan dalaman dan semangat jhad yang sudah dimasuki riya’.

3.1.6 Menghentikan jizyah bagi Muallaf

Pembayaran jizyah itu akan gugur sekiranya mereka telah memluk agama Islam atau ikut serta dalam ketenteraan Islam. Bahkan khalifah-khalifah Umayyah sebelumnya telah cenderung untuk menurunkan darjah kaum muslimin bukan Arab, iaitu mereka yang dikenal dengan nama “al-Mawali”. Maka mereka menetapkan jizyah atas kaum Mawali secara zalim dan mengharamkan mereka dari hak-hak yang dijamin bagi mereka oleh Islam, walaupun jasa mereka yang besar dan munculnya orang-orang terkemuka daripada mereka yang mengangkat panji Islam tinggi-tinggi di setiap tempat. Di antara sebab pemungutan jizyah kepad zimmi yang telah memeluk Islam adalah kerana projek futuhat yang tambah meluas maka belanjawan negara dan tentera bertambah besar dan meningkat, sehingga kerajaan pun memerlukan wang yang besar. Fenomena pada saat itu adalah orang-orang bukan Islam lebih suka memeluk Islam supaya dapat membebaskan dirinya dari jizyah. Dan ketika defisit dari hasi cukai mencapai puncaknya, khilafah memutuskan hendak membebankan jizyah tersebut keatas orang-orang zimmi yang telah memeluk Islam sekalipun. (ibid, hlmn 130&131)

Umar bin Abdul Aziz menghentiakn pemungutan jizyah dari orang-orang yang masuk Islam dantara mereka (Kristian). Maka beramai-ramailah mereka memeluk Islam kerana pengharagaan mereka yang tingi terhadap peribadi Umar dan juga kerana ingin bebas dari kewajipan membayar jizyah.(ibid, hlmn 132)


3.1.7 Menghadapi pemberontakan dengan bijaksana

Hampir sepanjang pemerintahan dawlah umayyah sehingga kekalifahan Umar bin Abdul Aziz orang-orang Khawarij itu tidak pernah diam untuk memberontak kepada kerajaan pusat. Mereka adalah orang-orang yang berani dalam berperang, sangat radikal, sayangnya mereka sangat lemah pehamannya terhadap al-Quaran. Mereka sangat mudah mengkafirkan orang Islam yang tidak sependapat dengannya.(ibid,hlmn 135)

Mereka telah berpendapat bahawa Ali bin Abi Talib bertahkim kepada manusia. Sebab itu mereka mengambil keputusan bahawa Ali adalah kafir. Dan tatkala Abdullah bin Khabbab dating kepda mereka. Dan mereka menanyakan pendapatnya tentang Ali r.a, tenyata Abdullah menyanjung Ali r.a. Maka mereka berkata kepada Khattab: “Al-Quran yang ada dilehermu itu menyuruh kami membunuhmu! “ Ini disebabkan kerana Abdullah mengakui kekuasaan Ali, padahal menurut anggapan mereka Ali adalah kafir. Mereka juga mengahalalka pembunuhan anak-anak dan merampas harta. (ibid, hlmn 135&136)

Shauzab adalah tokoh Khawarij dari Iraq yang bangkit menentang khalifah Umar bin Abdul Aziz untuk mengirimkan pasukan yang besar dibawah Maslamah bin Abdul Malik. Dan Umar memberikan perintah bahaw pauskan ini tidak boleh menyerang kaum Khawarij itu kecuali jika mereka menyerang terlebih dahulu dalam waktu yang sama Umar juga mengirimkan seorang utusan kepada Syauzab untuk mengajaknya mengadakan tukar fikiran dengan dia supaya mereka berdua dapat mengetahui pihak manakah yang benar. Syauzab menerima ajakan ini dan ia lalu mengirimkan 2 orang diantara pemuka-pemuakanya. Mereka ini datang memenuhi Khalifah Umar sehingga berlangsunglah diskusi. (ibid, hlmn 136)

Perundingan ini berakhir dengan perasaan puas bagi kedua utusan itu bahawa Umar adalah benar ia benar-benar berusaha sekuat tenaga untuk bekerja bagi kebaikan Islam dan kaum muslimin. Maka tinggallah salah seorang dari mereka itu bersama Umar bin Abdul Aziz.(ibid, hlmn 138)

Kebijaksaan yang tepat ini membuat hati lawan-lawan politiknya tunduk dan patuh terhadap sistem pemerinatahannya. Sejak dialog tersebut tidak terdenagr pemberontakan yang dikobarkan oleh orang-orang Khawarij.


3.1.8 Pembukuan hadis-hadis nabi s.a.w

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal berperibadi saleh dan cinta kepada pengetahuan, sangt berkeinginan untuk aktif menghimpunkan hadis. Ketika itu dia masih mejawat sebagi gabenor di Madinah (86-93H) pada zaman al-Walid bin Abdul Malik (memerintah 86-96 h = 705-715), keinginan itu elah timbul.tetapi nampaknya dia menyedari bahawa hanya berbekalkan kepada kedudukannnya sebagai seorang gabenor di suatu wilayah sudah tentu perintah-perintahnya tidak ditaati oleh seluruh ulama di dunia Islam pada masa itu.(ibid, hlmn 144&145)

Keinginan khalifah Umar bin Abdul Aziz untuk mnghimpunkan hadis tersebut direalisasikan dalam bentuk surat perintah. Surat itu dikirim pada ke seluruh pegawai dan ulama di pelbagai pada akhir tahun 100H. Isi surat perintah itu ialah agar seluruh hadis nabi di masing-masing daerah segera dihimpun. Salah satu surat khalifah dikirim ke gabenor Madinah, Abu Bakar bi Muhammad Amir bin hazim (wafat 117h=735M)

Ulama ynag berhasil menghimpun hadis dalam satu kitab sebelum khalifah meninggal dunia, ialah Muhammad bin Muslim bin Syihab al-Zuhri (wafat 124H/742M). Dia ini seorang ulama besar di negeri Hijaz dan Syam. Bagian-bagian al-Zuhri segera dikirim olehkhalifah berbagai daerah untuk bahn perhimpunan hadis selanjutnya.

(ibid, hlmn 145)

Demikianlah usaha beliau yang vcemerlang untuk menghidupkan kembali hadis Nabi dalam bentuk tulisan supaya tidak lenyap, walaupun beliau telaha wafat namun usaha-usaha untu mnghimpunkan hadis itu berjalan terus, sehingga di sekitar pertengahan abad ke dua hijra telah muncul berbagai kitab himpunan hads dari bebagai-bagi kota.

Penulisan hadis berkembang pesat setelah itu, mereka lahirkan ulama-ulama ahli hadis yang terkenal selepas itu seperti Imam al-Bukhari, Imam Malik, al-Tirmizi dan lain-lain.


3.1.9 Berhati-hati dengan harta kerajaan

Dengan kekuasaannya sebagi khalifah sebetulnya ia melakukan apa sahaja yang dapat memmuaskan keinginan-keinginannya. Namun jawatan baginya bukanlah satu kesempatan emas yang mesti digunakan unutk mengumpul harta membina empayar perniagaan, mengangkat kroni-kroninya untuk bersubahat dalam penyelewenagan. Mengangkat pengawal-pengawal peribadi unutk melindungi kekuasaanya supaya rakyatnya tidak berani mengugat kedudukannnya. Tetapi ia memahahmi bahawa jawatan adalah amanah yang menjadikan kerugian besar dan penyesalan yang dalam di hadapan mahkamah tinggi Allah s.w.t apabila ia tidak boleh mempertanggungjawabkan amanah yang dibebankan kepadanya tersebut.

Oleh kerana sepanjang pemerintahnnya tidak pernah terdetik unutk melakukan penyelewengan sebaiknya ia berusaha sekuat tenaga untuk mengajak rakyatnya mengamalakan ajaran Islamengan sebenar, dan menahan dirinya daripada daripada manisnya dunia dan pendukung-pendukungnya. (ibid, hlmn 147&148)

Beliau apabila berbincang mengenai masalah umat kerajaan ia menggunakan lampu dari Baiulaml, dan apbila berbincang-bincang tentang kepentingan dirinya ia menggunakan lampu peribadinya.Umar membezakan dengan baik mana harta peribadi dan mana harta kerajaan. (ibid, hlmn 148)


4.0 Kesan pembaharuan-pembaharuan terhadap umat islam

Banyak kesan-kesan pemaharuan yang dilakuakan oleh Umar bin Aabdul Aziz.


4.1 Tegaknya keadilan di merata wilayah.

Tindakan-tindakannya yang adil dan sesuai dengan Al-Quran dan hadis membuat negara mencapai stabilitu yang tinggi, rakyat menjadi sejahtera dan kehidupannya belangsung aman dan damai. Dimasa itu hampir tidak dapat ditemukan orang yang mahu meneriam sedekah itu dicapai dalam masa pemerintahannya yang singkat, 2 tahun rakyat telah menjadi begitu sejahtera dan puas.

Tindakan-tindakan umar bin Abdul Aziz selama menjadi khalifah telah menghasilkan kepuasan bagi rakyatnya, kehidupan memjadi teratur, semua rakyat dalam keadaan kecukupan.

Pemerintahannya bagikan hujan rahmat yang membawa berkah secara universal. Pada masa pemerintahannya, seluruh orang Barbar di afrika utara dan kaum elite di Sind memluk Islam atas kemahuannya sendiri, ini salah satu hal yang menonjol dalam pemerintahannya. Umar merasa tidak berkawajipan menyebarkan Islam melalui mata pedang.(ibid, hlmn 150)


4.2 Negara dipenuhi dengan keamanan dan kemakmuran

Kemudian ia menaikkan tingkat gaji-gaji yang rendah dan menjamin semua keperlaun ulama dan fuqaha supaya mereka dapat mencurahkan perhatian mereka pada ilmu dan tugas mereka tanpa menunggu upah dari orang-orang. Ia memberikan gaji yang besar kepada para gabenornya sehingga mereka biasa meusatkan pehatian pada tugas-tugas mereka dan tidak lemah jiwa mereka menghadapi pujukan dan godaan benda-benda yang haram. Setiap orang sakit atau dua orang dilayani oleh satu orang pelayan ats biaya negara.

Umar menduduki singgasana kekhalifahnnya hanya dua setengah tahun. Tetapi dalam masa yang singkat itu ia betul-betul telah berhasil membuat rakyatnya menjadi kaya dan makmur, sehingga orang yang ingin mengeluarkan zakat terpaksa pergi ke sana ke mari mencari orang-orang yang patut menerimanya. Tetapi tidak juga menemukannya, sehingga ia terpaksa pulang ke rumahnya membawa kembali zakat yang hendak dibahagi-bahagikan.(Ahmad Shalaby,1975, 79)

Ia menyuruh para gabenornya menghitung semua orang yang berhutang dan membayarkan hutang-hutang mereka. Ia menebus kaum muslimin yang tertawan semuanya dan membiayai mereka. Ia memelihara anak yatim yang tidak mempunyai keluarga diseluruh negaranya yang luas itu.(Khalid Muhammad, 1995, 560)

Salah satu perbaikan-perbaikan yang dilakukan Umar ialah perbaikan tanah-tanah pertanian, pengaliran perigi-perigi dan pembangunan-pembangunan jalan fdan menyediakna tempat-tempat penginapan orang-orang yang dalam perjalanan. Uamr juga membrikan perhatian yang besar terhadap orang-orang miskin yang memerlukan pertolongan dan orang-orang sakit. (Muqoddam bin Haji Cholil, 2000, 153)


4.3 Pengakuan-pengakuan ulama megenai Umar Bin Abdul Aziz

Para ulama yang hidup semasanya menegnal betul peribadi dan akhlaknya dalam mentadbir kerajaan. Walaupun pemerintahannya sangat pendek dua setengah tahun sahaja tetapi telah dapat mengadakan perubahan yang cepat dan berleluasa.

Amar Ali mengatakan ” kesalehannya telah dibuat-buat,ia memiliki rasa keadilan dan kejujuran yang tinggi.sikap dan cara hidup sesderhana yang mendekati bersahaja, yang menjadi ciri-ciri utama wataknya. Tanggungjawab pemerintahan yang dipercayakannya membantunya selalu gelisah dan banya menimbang sebelum membuat keputusan.


5.0 Kematian

Jelas, pemerintahannya yang adil dan tidak memihak memang bertentangan dengan keinginan kaum bangsawan Umayyah. Masalahnya mereka telah terbiasa dengan berbagai bentuk kemewahan dan kebebasan yang tidak betanggungjawab dan seringkali mereka tidak mahu dihambat dalam mmenuhi kebebasannya yang tidak terbatas. Mereka bahkan siap membunuh anggota satu puak yang mereka anggap menyetujui kebijaksanaan Umar.

Akhirnya, seorang hamba abdi khalifah mereka rasuah agar meracuni khalifah. Ketika khalifah merasakan pengaruh racun, beliau memanggil haba abdi itu dan menanyainya. Hamba abdi tersebut menjawab saya dirasuah seribu dinaruntuk jasa meracuni khlaifah. Wang itu diambil dan disimpan ke dalam baitulmal. Ketika akhirnya ia mmebebaskan budak tersebut, khalifah memintanyasupaya pergi meeninggalkannya, jika tidak ada sahaja orang yang membunuhnya (ibid, hlmn 157&158)

Pemerintahnya berjalan selam 2 tahun 5 bulan 2 hari, meninggal dunia di suatu tempat namnya Dir Syam’an (dekat Homs / Syria) pada hari ahad bulan Rajab tahun 101h dalam usia 39 tahun. Dalam Tabaqat diterangkan usia beliau ketika meninggal dunia 39 tahun 5 bulan.(ibid, hlmn 158&159)


6.0 Kesimpulan.

Umar bin Abdul Aziz merupakan antara khalifah yang termahsyur pada zaman Umayyah. Pemerintahan beliau berajalan dengan lancar tanpa banyak berlakunya peperangan. Banyak pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau yang mampu membawa kepada kebajikan kepada semua rakyatnya samada isam ataupun yang bukan Islam. Pada zaman pemerintaha beliau, rakyat hidup dalam keadaan aman dan tenteram.


Rujukan

A Mu’ Ummar. tth. Sejarah dan kebudayaan Islam, Partj Sumbangsih, Jogjakarta.

Ahmad Shalaby. 1975. Dawlah umayyah. Pustak Nasional, Singapura.

Ahmad al-Usairy. 2003. Sejarah islam sejak zaman nabi Adam hingga abad xx Akbar Media Eka Sarana.

Muqoddam bin Haji Cholil. 2000. Reformasi Umar bin Abdul Aziz terhadap khilafah Umayyah. Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Khalid Muhammad Khalid, Peri hidup para khalifah teladan. Pustaka Amani, Jakarta

No comments: