Islam is the way of my Life

Thursday, February 14, 2008

Dalam banyak-banyak kawan


Dalam hidup ini kita perlu banyak kawan, semakin banyak kawan kita akan dapat rasakan indahnya hidup..Bagi saya, saya tak kisah akan sesiapapun kawan saya…saya tak pandang akan rupanya, hartanya dan ilmunya..kerana saya rela hati menerima mereka sebagai kawan saya…

Namun, apa yang ingin saya katakan kat sini..alangkah indahnya hidup ini jika kita bersahabat dengan orang-orang yang beriman..Benarlah apa yang dikatakan bahawa “Berkawan dengan penjual minyak wangi, kita juga akan merasai bau wanginya..berkawan dengan penukul besi, kita juga akan terkena percikan apinya”…

Sebagaimana pengalaman saya, pada satu hari saya berjanji dengan sahabat saya hendak pergi ke pusanika iaitu salah satu tempat tumpuan pelajar-pelajar untuk pelbagai urusan…saya menerima satu SMS yang berbunyi “kak Long, kita siap-siaplah solat dhuha, nanti balik lewat tak sempat pula nak solat dhuha” itulah panggilan manja saya dengan sahabat-sahabat saya..saya terkesima menerima SMS tersebut..bukannya apa, saya memikirkan alangkah indahnya hidup ini jika sentiasa mendampingi sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan kita..padahal sebenarnya sudah sekian lama saya tidak melakukan solat dhuha…Allahuakhbar, selepas hari itu saya mula berjinak-jinak semula dengan solat dhuha…

Menurut Muhammad Ali, persahabatan adalah hal tersulit untuk dijelaskan di dunia ini. Dan, ini bukan soal apa yang anda pelajari di sekolah. Tetapi, bila anda tidak pernah belajar makna persahabatan anda benar-benar tidak belajar apa-apa pun…

Kata-kata imam Syafie “Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati..kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang..semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.

Sesiapa pun sahabat kita..hargailah mereka…Semoga kehidupan kita akan lebih bererti….wassalam…

No comments: