Islam is the way of my Life

Thursday, February 14, 2008

Perkenalan yang singkat

13 Februari 2008, 12.00 tengahari


Hari ini seperti biasa saya dan sahabat saya menjamu selera di kafe canselori. Mengisi perut yang lapar, dan meneguk air ketika kehausan merupakan satu nikmat yang amat saya syukuri. Dikala umat Islam di negara-negara lain kelaparan, rakyat Malaysia menikmati makanan dengan penuh ketenangan..Adakah mereka menghargai semua ini??

Sebelum saya menjamu selera, tekak yang kering ini tiba-tiba terasa gatal dan saya terbatuk tidak henti-henti. Saya cuba mengawal diri agar tidak menganggu orang lain disisi saya dengan meminum air masak dengan banyaknya..Alhamdulillah batuk saya mula reda..saya mula membaca doa makan dan mula menikmati hidangan..tiba-tiba seorang kakak yang tidak saya kenali menyapa dengan mesra..kenapa tersedak ni..ada orang ingatlah tu..saya hanya tersenyum, dalam hati menafikan saya tersedak padahal saya terbatuk sebenarnya..

Tak sangka teguran yang bersahaja tadi, menyebabkan kami mula rancak berborak..kakak tersebut menggelarkan dirinya sebagai kak Ita..kata-katanya yang tersusun menyebabkan saya semakin berminat untuk mengenali kak Ita…banyak kata-katanya yang membuatkan saya menghormati dirinya…”Adik belajar lagi kan?”, soalnya pada saya. Saya menjawab ya..”belajarlah sungguh-sungguh, nanti dah habis belajar nanti menyesal kalau tak gunakan waktu belajar dengan sebaiknya” dia memberi nasihat kepada saya..saya terharu mendengarnya…

Perbualan kami makin rancak..barulah saya tahu rupa-rupanya kak Ita baru sahaja menamatkan pelajarannya peringkat master dalam bidang matematik di London..Apa yang amat saya kagumi tentang kak Ita kerana dia seperti seorang yang kuat berpegang teguh akan hablu minallah wa hablu minannas..iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia..

Kak Ita meneruskan lagi bicaranya..saya tidak jemu-jemu mendengar, kata-kata yang keluar dari bibirnya penuh dengan hikmah..katanya lagi “apa-apa yang kita hendak lakukan hendaklah bersandarkan dengan Allah..tak kira apapun, mintalah doa pertolongan dari Allah..kita sebenarnya lemah” “Setiap apa yang kita lakukan juga mestilah yang boleh mendekatkan diri kita dengan Allah”..dia memberi nasihat lagi pada saya..

Walaupun pertemuan yang singkat dengan kak Ita, saya amat menghargai perkenalan ini..Di akhir perbualan dengannya, barulah saya tahu kak Ita sebenarnya seorang pensyarah matematik di fakulti sains dan teknologi di UKM..Oo..rupa-rupanya saya berborak dengan seorang pensyarah tadi..

No comments: