Islam is the way of my Life

Wednesday, February 20, 2008

Wanita akal senipis rambutnya


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya…
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan hawa..
Dijadikan wanita dari tulung rusuk yang bengkok..
Untuk diluruskan oleh lelaki…
Tetapi seandainya lelaki itu tidak lurus….
Mana mungkin kayu yang bengkok,
Menghasilkan bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah.
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka diciptakan sebegitu rupa olehAllah
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta..
Kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.

Disitulah punca kekuatan dunia
Akal senipis rambut
Tebalkan ia dengan ilmu, hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasialah ia
Dengan akhlak, suburkanlah ia kerana disitu nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb..
Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah..
Sebaliknya itulah kasih sayang Allah..
Wanita yang tak lupa hakikat kejadiannya
Mesti tidak akan tertidur
Dan tidak akn menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhirat mereka
Tidak akan lurus
Bahkan semakin bengkok
Itulah hakikatnya
Andai wanita tidak kenal Rabbnya
Bila wanita menjadi durhaka

Pasti dunia laki jadi huru-hara
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi..
Pimpin diri kepada Nya..
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu..
Jangan harapka isteri semulia
Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirmu tidak sehebat
Saidina Ali Karamullah wajhah…

No comments: