Cinta umpama lilin yang membakar
Pahit manis tetap bersama
Umpama gunung yang tinggi
Segagah harapan yang didamba
Umpama lautan terbentang
Membawa cita-cita terpatri
Seluas saujana mata memandang
Nan terus membara…
Hidup ini sepi tanpa kehadiran cinta
Cinta umpama rencah di dalam kehidupan
Kadang-kala rasanya kurang enak
Namun mungkin boleh ditelan
Kerana masih ada orang yang boleh hidup tanpa kehadiran cinta
Cinta antara dua insan
Amat mengasyikkan
Namun kadangkala ia amat menyakitkan
Membosankan dan memualkan…
Fenomena kebosanan yang terbendung ini
Mungkin kerana belum bertemu dengan cinta hakiki
Sedang insan sering alpa cinta hakiki sebenarnya berada di depan mata..
Tak bertemu kerana
Mungkin tidak cuba untuk menghampiri
Kerana
Keutuhan cinta
Terlalu sukar untuk digenggami
Namun cinta mampu bersemi
Apabila langkahmu menuju kepadaNya
Kerana keutuhan dan kesejatian cinta sebenar
Adalah hanya cinta pada ilahi..
Hasil Nukilan: Hani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MEMORY
Asmaul Husna

Calendar Hijri

Calendar
Followers
Perjuangan
Website Pilihan
Capaian
Link list
Akhbar Online
Famili bahagia

No comments:
Post a Comment