Perayaan Apil Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Andalus. Kerajaa Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian, penduduk-penduduk Islam di Andalus tepaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untu menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Andalus dengan selamat bersama-sama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan satu helah semata-mata telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya pada 1 April, mereka mengambil semua barangan keperluan masing-masing lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah-rumah penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan.
Pihak Kristian kemudiannya meyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya termasuk perempuan dan anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yag menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Kerana ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April fool’s Day tanpa menyedari sebenarnya merayakan ulang tahun prmbunuhan beramai-ramai saudara segama mereka.
Dipetik dari buku Sejarah Bani Umayyah di Andalus
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MEMORY
Asmaul Husna

Calendar Hijri

Calendar
Followers
Perjuangan
Website Pilihan
Capaian
Link list
Akhbar Online
Famili bahagia

No comments:
Post a Comment