Wanita…
Setulus dan selembut ciptaan
Menjadi pendamping lelaki idaman
Setiap insan dijadikan berpasangan
Kerana itu mereka saling memerlukan
Hidup tiada beerti tanpa teman
Wanita..
Dihiasi denga kelembutan dan sifat keibuan
Takut dan malu pelindung diri
Tiada diberi pada lelaki
Jagailah anugerah ilahi
Semaikanlah kemurnian dihati
Halusi budi pekerti
Jadilah wanita yang diredhai
Ibu dan isteri yang mithali
Dunia dan akhirat diberkati
Wanita..
Usah menangisi setiap kesusahan
Usah melampaui dengan kesenangan
Usah berbangga setiap kejayaan
Usah kecewa dengan kegagalan
Usah merungut setiap kejadian
Usah takbur dengan kelebihan
Usah malu pada kekurangan
Kerana semuanya itu hanyalah ujian
Menguji sekuat mana keimanan
Wanita…
Pertahankan diri dari godaan syaitan
Mengheret manusia ke lembah kehinaan
Itulah sumpah syaitan dihadapan tuhan
Membinasakan keturunan Adam dan Hawa habis-habisan
Wanita…
Meskipun keadaan berubah mengikut zaman
Al-Quran dan As-Sunnah tetap jadi pegangan
Walau dimana bumi dipijak Islam menjadi junjungan
Jangan dibiar iman bergoncangan
Perjuangn mesti diteruskan
Martabatkan Islam sepanjang zaman
Pertahankan amanah nabi junjungan
Fatimah, Siti Khadijah, danMasyitah jadikan teladanMoga hidup dunia akhirat mendapat keberkatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MEMORY
Asmaul Husna

Calendar Hijri

Calendar
Followers
Perjuangan
Website Pilihan
Capaian
Link list
Akhbar Online
Famili bahagia

No comments:
Post a Comment