Islam is the way of my Life

Sunday, March 29, 2009

Nasihat Luqman al-Hakim

Hari ini pembentangan Dr. Eeman seperti biasa..Dr Eeman merupakan pensyarahku yang mengajar kajian teks sejarah..kadang-kadang pening juga kepala aku untuk memahami kata-kata yang keluar dari bibirnya,, maklumlah beliau berasal dari negara dari Arab, dan aku pula tidaklah sehebat mana dalam bahasa arab ni..namun, aku amat menghormati pensyarah ini, kerana aku yakin ilmunya begitu tinggi..siapalah aku dibandingkan dengan ilmunya..


Di dalam tugasan subjek ini, Kami diminta mengulas kitab-kitab muktabar..Alhamdulillah, aku sudah menyelesaikan tugasan tersebut..aku menjadikan kitab muktabar Mukadimah Ibnu Khaldun sebagai tugasanku. Hebat benar Ibnu Khaldun dalam memberi pandangan dan ulasan dalam kitabnya..sehingga kitab tersebut menjadi rujukan sehingga ke hari ini..


Pada hari hari ini seorang sahabat bangun mengulas hasil kerjanya..Aku sedikit terpegun akan tajuk yang dipilihnya..” Nasihat Luqman al-Hakim pada anaknya melalui kitab muktabar Ibnu Kathir”..Setiap satu-satu nasihat yang diwasiatkan Luqman al-Hakim di ulasnya dengan baik..walaupun sebelum ini aku pernah terbaca dalam artikel-artikel tentang wasiat Luqman al-Hakim, namun berbeza benar apabila kita mendengarnya dari mulut orang lain..Umpamanya, seperti seorang penuntut ilmu yang mendalami ilmunya dengan hanya sekadar membaca dari buku-buku dan penuntut ilmu yang berguru dengan gurunya..tentu berbeza bukan..


Ibn Abu Hatim telah berkata bahawa Abu Zar’ah telah menceritakan kepada kami, Safwan telah menceritakan kepada kami, al-Walid telah menceritakan kepada kami, Abd Rahman ibn Abu Yazid ibn Jabir telah menceritakan kepada kami, Allah s.w.t telah meninggikan darjat Luqman al-Hakim kerana kebijaksaaan beliau.” Seorang lelaki yang mengenali Luqman sebelum ini telah terserempak dengannya. Lelaki itu bertanya, bukanlah engkau sebelum ini pernah menjadi hamba kepada seseorang untuk mengembala biri-biri?” Luqman menjawab, “Taqdir Allah s.w.t dengan menunaikan amanah, bercakap benar, dan meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat”. Begitulah sedikit kisah Luqman al-Hakim sehingga diangkat darjat yang tinggi yang mana beliau juga dikurniakan hikmat kebijaksanaan..


Antara banyak-banyak nasihat yang dinyatakan aku tertarik dengan nasihat Luqman al-Hakim yang satu ini “ Wahai anakku, pilihlah majlis-majlis yang mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang bodoh mereka mengajarmu. Allah akan merahmatimu dan juga mereka. Wahai anakku janganlah engkau menyertai majlis-majlis yang tidak mengingati Allah, sekiranya engkau seorang yang berilmu, engkau tidak dapat memanfaatkannya. Sekiranya engkau seorang yang bodoh, engkau bertambah bodoh. Allah akan murka kepadamu dan kepada mereka..begitu menarik nasihat Luqman al-Hakim untuk dijadikan peringatan pada jiwa mudaku ini..sememangnya majlis yang tidak mendatangkan manfaat, semakin banyak mempengaruhi masyarakat pada masa ini...Nauzubillahu min zalik..Semoga sedikit sebanyak apa yang aku kongsikan mendapat manfaat bersama

No comments: