Islam is the way of my Life

Friday, May 9, 2008

valentine day???

Valentine adalah nama seorang paderi iaitu Pedro St.Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam andalus sepenuhnya apabila Granada yang dikuasai oleh Bani Ahmar jatuh ke tangan Kristian. Paderi tersebut mengumumkan hari tersebut sebagai ‘hari kasih sayang’ kerana padanya islam adalah sebuah kerajaan yang zalim yang mendiskriminasi bangsa Barbar dan penganut kristian. Tumbangnya kerajaan islam sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Menurut pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd Hambali, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuka sendiri.nylah di kalangan umat islam sendiri mempunyai dua versi. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St.Valentino sebagai rakyat Cordova.

Sehingga hari ini, peristiwa kemenangan St.Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Cordova Ratu Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St.Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman protestan. Oleh kerana berlainan agama,St.Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian pada kekasih kedua.

Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaanya mengalahkan umat islam, St.Valentino terus mengatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katholik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St.Valentino lantas memenjara paderi itu buat sementara waktu.

Begitupun,baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari mengingati kekasih yang ditujukan khas untuk St.Valentino sendiri.

Valentine’s Day juga adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis’ bangsa rumawi kuno dimana setelah mereka masuk agama Nasrani(Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St.Valentino.

Penerimaan upacara kematian St.Valentino sebagai hari kasih sayang juga dikaitkan dengan kepercayaan Eropah bahawa waktu kasih sayang itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 februari.

Dalam bahasa perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata galantine yang bererti galant atau cinta. Persamaan bunyi antara Valentine dan Galentine menyebabkan orang berfikir bahawa seelok-eloknya para pemuda mencari pasangan hidupnya hendaklah pada 14 Februari. Manusia kini tidak lagi mengetahui asal usul hari valentine. Mereka mengenal valentine dengan menghantar kad ucapan , pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dab sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu…

Petikan dari buku Sejarah Bani Umayyah di Andalus….

1 comment:

akma-نجوى said...

knp masih rami yg x tau sej. valentine????