Islam is the way of my Life

Saturday, March 28, 2009

Nostalgia

Nyaman, tenang..itulah perasaan ketika aku berada di rumah Allah..lain benar rasanya apabila berada di tempat yang penuh rahmat Allah..Laungan azan zohor baru sahaja kedengaran sebentar tadi..sayup-sayup berkumandang di ruang telingaku..suasana membisu seketika, menandakan suara yang agung yang perlu dihormati..aku turut menghormati laungan indah tersebut..


Aku menyarungkan kain sembahyangku untuk menanti solat jemaah bersama.sama..Lama benar aku tidak bersedia sebegini untuk solat berjemaah bersama-sama.. kesibukan dan kelas dijadikan alasan untuk tidak aku berada di dalam situasi sebegini..betapa lemahnya diri ini menjadikan alasan sebegitu..sedangkan Rasullah adalah insan yang begitu sibuk, namun baginda akan meluangkan masa untuk mengerjakan ibadah dengan sebaiknya..sehinggakan kaki banginda bengkak-bengkak menunaikan ibadah kepada Allah..semata-mata untuk melahirkan rasa syukur pada Allah..Tidak kurang pula kisah Nabi Ayub, walaupun diserang penyakit kulit yang kronik, masih menjadikan ibadatnya yang utama..Subhanallah…Tapi aku…..kerdilnya diri ini..Ya Khaliq, kau berilah petunjuk pada diri ini..istiqamahkanlah aku di jalanMu..


Teringat diri ini di alam persekolahan..wajah-wajah manis anak-anak didikan agama, sejuk mata memandang..setiap petang di alam persekolahan dahulu, rutin aku dan teman-teman untuk berada di surau terlebih awal untuk menunggu tibanya waktu azan maghrib..solat berjemaah bersama-sama dan mendengar tazkirah agama yang sentiasa memberi kesedaran pada aku..sungguh aku rindu suasana itu…berbeza benar berada di universiti ini, jika lemah hanyutlah diri…salah pilih kawan binasalah diri..di sekolah dulu amat berbeza, hidup di alam biah solehah..Alhamdulillah, disini aku masih berjumpa teman-teman yang sentiasa memberi ingatan kepadaku..terima kasih teman..Namun, perjalanan masih jauh, mampukah diri ini mempertahankan prinsip yang ku pegang selama ini…sedangkan, dugaan sentiasa bertalu-talu menguji diri ini..Hanya ku pinta padaMu ya Rabbi, kau peganglah hati ini dengan sekuat-kuatnya..berada di jalan yang diredhai..biarlah pengakhiran hidupku adalah sebaik-baiknya…Amin…

1 comment:

mutiaratihani said...

betul kema..
moga kita tak hayut dan Allah selamatkan iman kita...